Selamat datang para pengunjung blog umi cahayaku, semoga apa yg saya sajikan mampu memberikan pedoman kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah bahawa kita semua adalah pendakwah, kita tidak perlu bergelar 'ustaz' atau 'ustazah' untuk berdakwah.
Terima Kasih atas kunjungan anda

Rabu, 16 Jun 2010

Pendekatan Psikologi Dakwah Terhadap Remaja



1.0 PENGENALAN

Golongan remaja adalah sebahagian dari kelompok yang terdapat didalam sesebuah masyarakat. Zaman remaja yang dikenali sebagai zaman ‘storm and stress’ amat sukar difahami oleh orang dewasa. Ketidakfahaman inilah sering timbul konflik antara golongan remaja dengan orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru.

Apabila timbul konflik antara ibu bapa, golongan remaja sering bertingkah laku yang bertentangan dengan kehendak ibu bapa dan orang dewasa kerana mereka menganggap orang dewasa tidak memahami jiwa mereka. Memahami emosi remaja pada hari ini satu keperluan kepada orang dewasa ketika mendidik golongan remaja. Begitu juga kepada pendakwah yang ingin membimbing dan menjalankan kegiatan dakwah untuk golongan ini, mereka terlebih dulu perlu memahami emosi remaja supaya seruan dakwah dilakukan bersesuaian degan jiwa golongan ini. Dengan itu, seruan dakwah memberi kesan mendalam kepada jiwa mereka.

Dalam melaksanakan usaha dakwah Islamiah pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan bagi menarik minat orang Islam dan mengubah tingkahlaku manusia ke arah kebaikan selaras dengan ajaran Islam. Pendekatan psikologi dakwah kepada remaja amat penting bagi memberi bimbingan supaya perkembangannya mengarah kepada positif.

Perkembangan sosial remaja pula amat diperolehi oleh rakan sebaya dan amat sensitif dengan pandangan masyarakat. Pendakwah dan kaunselor yang ingin memberi bimbingan kepada golongan remaja perlu memahami perkembangan psikologi remaja dan seterusnya menggunakan pendekatan psikologi yang meluas digunakan dalam sesi kaunseling.

Pada peringkat remaja, mereka sangat sensitif terhadap pandangan masyarakat dan ingin mendapat pengiktirafan dan pengakuan daripada masyarakat. Namun mereka mendapati nilai golongan remaja adalah berkaitan dengan nilai orang dewasa. Dengan itu, mereka tidak dapat memenuhi kemahuan kedua-dua pihak. Dalam membuat keputusan, pendirian memberi sumbangan mereka sering berubah. Pada satu ketika, mereka kelihatan sangat bergantung kepada orang dewasa untuk mendapat perlindungan tetapi pada ketika lain pula mereka memperlihatkan kebebasan. Tuntutan kebebasan terus berlaku pada peringkat ini. Ada remaja memberontak dan melawan. Ada pula yang bersifat kasar, melawan ibu bapa dan menentang pihak yang berkuasa.

Sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa dalam perkembangan sosial remaja, kumpulan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis interaksi atau pergaulan. Pembentukan konsep kendiri juga amat dipengaruhi oleh rakan sebaya. Sekiranya remaja diterima oleh rakan sebaya, dia merasa lebih berkeyakinan dan ini akan membantunya membentuk konsep kendiri yang positif.

2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI PENDEKATAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pendekatan ialah perihal atau perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah atau kaedah, cara-cara, langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas bagi mengatasi masalah.

2.2 DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek Purba, iaitu daripada perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’ (Mahmood Nazar, 2001:4; Asmawati Desa, 2004:1). Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang dimaksudkan oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisma. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Menurut Kamus Dewan psikologi ialah ilmu yang mengkaji jiwa dan fikiran manusia, atau secara ringkasnya ilmu jiwa (Iskandar, 1986:907 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1). Perkataan psikologi atau dalam bahasa Inggeris psychology berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bererti jiwa dan roh, dan logy yang bererti sains (Hepner, 1973:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1). Dengan itu, psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia. Oleh kerana kerohanian dan jiwa di luar pencapaian sains, psikologi selalunya merujuk kepaad kajian tentang tingkh laku (Shaver and Tarpy, 1993:3 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1).

Psikologi pada hari ini ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental (Davidoff, 1980:2 dalam Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek dan Othman Hj. Talib, 2006:19). Dengan itu, trend masa kini dalam pengertian psikologi ialah kajian secara saintifik terhadap tingkah laku. Ia adalah sains tingkah laku manusia dan haiwan (Morgan King Robinson, 1979:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:2). Pengertian yang sama dikemukakan oleh Thompson dan DeBold yang menjelaskan bahawa hari ini psikologi selalunya didefinisikan sebagai sains tingkah laku manusia dan haiwan ( Thompson and DeBold, 1971:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:2).

Dari pengertian-pengertian tersebut dapat difahami bahawa psikologi mengandungi disiplin ilmiah yang tinggi untuk memahami tingkah laku manusia bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan manusia.
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini. Antaranya ialah:

• “ The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour, or the influences of a particular person’s character on their behaviour”.
1) Cambridge International Dictionary of English, p.383)

• Henry L. Roediger dan rakan (1984) mendefinisikan psikologi seperti berikut
“ psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”.

• Kalat (1999), mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman. Williams (1960), pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

• Wittaker (1970), di dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan psikologi ialah sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.
Dengan itu, tren masa kini psikologi ialah satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

2.3 DEFINISI DAKWAH
Perkataan dakwah ditinjau dari sudut bahasa berasal daripada perkataan Arab دعا- يدعو- دعوة)) yang membawa erti “seruan”, “panggilan” atau “ajakan”. Kata dasar dakwah dalam penggunaan bahasa Arab menurut Munjid al-Tullab (hlm.200) boleh diterima pakai untuk 17 makna yang berlainan. (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).

Dakwah bererti mengajak seperti mengajak makan atau meminta untuk bekerjasama dalam suatu hal. Terdapat sebanyak 198 kali perkataan “dakwah” dalam Al-Quran, dalam 55 surah dan dalam 176 ayat. Ayat-ayat tersebut sebahagian besar (sebanyak 141 ayat )turun di Mekah, 30 ayat turun di Madinah dan 5 ayat lagi terdapat perbezaan pendapat antara turun di Mekah dan Madinah (Muhammad Sulthon, 2003: 9 dalam Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9). Hasil penyelidikan terhadap ayat-ayat Al-Quran tentang dakwah dalam Al-Quran, maksud dakwah itu sangatlah luas daripada yang biasa difahami masyarakat (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).

Dalam ilmu dakwah, istilah dakwah itu sangatlah luas, istilah dakwah biasanya dipakai untuk menunjukkan proses dakwah yang berpihak kepada ajaran Islam, namun dalam Al-Quran istilah dakwah digunakan untuk pengertian yang luas (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).
Menurut (Kamus Dewan hlm. 244-245 dalam Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:10) ada diberi penjelasan bagi perkataan dakwah sebegai kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik) serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama (laziamnya dimaksdukan agama Islam. Selain itu dakwah juga definasikan sebagai patuh kepada ajaran Islam dengan lebih sempurna(sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian dan lain-lain) dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah dakwah.
Menurut A. Hasjmy dalam Ab Aziz Mohd Zin et al, 2006:39 menegaskan dakwah ialah satu kurikulum yang lengkap, juga satu kegiatan ajakan, baik dalam bentuk lisan, tulisan, mahupun tingkah laku, yang dilakukan secara sedang dan terencana dalam usaha untuk mempengaruhi orang lain.

Dr Yusuf al-Qaradhawi memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, pemohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan sahaja daripada Allah (طاغوت) yang terpaksa dipatuhi memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad ke jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Aluri menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.

Dr Rauf Syalabi menerangkan dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan beriman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang di dunia dan di akhirat.


2.4 DEFINISI REMAJA
Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" (Rogers, 1981 dalam http//shureyahz.blogspot.com). Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.

Menurut Kamus Dewan Ketiga dalam http//shureyahz.blogspot.com, remaja didefinisikan sebagai golongan yang berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 18 tahun atau lingkungan awal belasan tahun sehingga peringkat pertengahan 20an.

Menurut Dollah Mohamed (2006:180), dalam menentukan had umur sebagai remaja, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sains sosial. Ada yang mengatakan alam remaja mengatakan alam remaja adalah antara 10-18 tahun atau 13-15 tahun. Dari sudut Islam kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz, iaitu berumur 7 tahun. Pada ketika ini, ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh mereka wajib melaksanakan segala kewajipan agama dan menjauhkan larangan-Nya. Umur baligh dicapai ketika berumur 15 tahun atau sudah berumur keluar mani bagi kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan pulak setelah keluar haid dalam tempoh umur antara 9 -15 tahun.

Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.

Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

3.0 PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH
Zaman remaja digambarkan sebagai zaman yang penuh dengan tekanan dan kecelaruan emosi akibat pelbagai perubahan pada diri, mental dan nilai konflik. Oleh kerana zaman remaja merupakan zaman yang kompleks maka remaja amat memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dalam proses member bimbingan kepada mereka. Amat serasi sekiranya pendekatan psikologi dakwah digunakan terhadap golongan ini kerana pendekatan psikologi dakwah menumpu terus kepada pemulihan jiwa dan rohani remaja. Antara pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan ialah ‘pendekatan emosi,’ ‘pendekatan minda’, ‘pendekatan motivasi’, ‘pendekatan bimbingan dan kaunseling, ‘pendekatan penasihatan’ dan ‘pendekatan melalui status’ (al-Bayuni, 199: 207 dalam Fariza Md Sham:2006:69).

3.1 PENDEKATAN EMOSI
Emosi adalah sesuatu yang kompleks dalam diri manusia. Ia membabitkan tindak balas tubuh badan seperti pernafasan, denyutan dan lain-lain. Dalam Kamus Psikologi iaitu Mu’jam Ilm al-Nafs, mentakrifkan emosi sebagai infi’al iaitu keadaan dalaman yang menunjukkan pengalaman dan perbuatan dizahirkan dalam suatu peristiwa yang berlaku seperti perasaan takut, marah, kecewa, gembira, suka dan duka. Dalam Encyclopedia of Social Psychology () pula, mentakrifkan emosi sebagai hasil tindak balas kepada sesuatu kejadian atau peristiwa termasuk tindak balas psikologikal, tindak balas tingkah laku, tindak balas kognitif dan perasaan dialami sama ada menggembirakan atau tidak.

Emosi juga merupakan rasa batin yang terdapat pada seseorang seperti perasaan suka, duka, gelisah, takut dan cemas yang boleh memberi kesan kepada anggota dan alat-alat dalam badan manusia. Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh golongan remaja sering melibatkan perasaan, maka pendekatan emosi sewajarnya digunakan. (Fariza Md Sham:2006:69).

Pendekatan emosi ialah usaha dakwah yang menjurus kepada hati bagi menggerakkan perasaan. Pendekatan ini boleh dilakukan melalui nasihat yang baik yang boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi remaja. Misalnya, memberi penjelasan tentang nikmat Allah yang diberikan kepada mereka yang wajar dipergunakan untuk jalan kebaikan dan wajib disyukuri dengan cara mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Menyatakan tentang janji baik Allah kepada mereka yang menurut perintah-Nya dan kengerian azab seksa Allah bagi mereka yang melanggar perintah-Nya. Kisah teladan yang mampu menyentuh hati dan perasaan golongan ini juga boleh disebarkan. (Fariza Md Sham:2006:70).

Pendekatan emosi juga boleh dilakukan dalam bentuk pernyataan simpati dan belas kasihan terhadap situasi yang mereka hadapi. Ini boleh dilakukan dalam bentuk memujuk, memberikan perhatian, menyatakan rasa kasih sayang dan menuturkan kata-kata yang lemah lembut(Fariza Md Sham:2006:70). Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159.

Maksudnya:
Maka dengan limpah rahmat Allah kamu (Muhammad) melayani mereka dengan lemah lembut. Seandainya kamu bersikap kasar dan keras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri daripada kalangan kamu.
(Surah ali-Imran : 159)

3.1.1 EMOSI-EMOSI UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH PENDAKWAH
Terdapat pelbagai emosi di dalam diri manusia sama ada yang positif ataupun yang negatif. Antara emosi manusia ialah marah, ngeri, takut, gembira, sengsara, cemburu, malu, jijik, sedih, kehiburan, riang dan lain-lain lagi. (Young,1966:352-353 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:144)

1. Takut
Takut merupakan satu perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang membahayakan dan merosakkannya.
Allah s.w.t. membuat pengakuan tentang adanya perasaan takut dalam diri manusia(Ab. Aziz Mohd Zin,1999:144-145). Antara penjelasan Allah s.w.t dalam hal ini ialah seperti firman-Nya dalam surah al-Sajdah ayat 16:

Maksudnya:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
(Surah as-Sajadah: 16)

Daripada ayat tersebut dapat dilihat bahawa perasaan takut yang ada pada manusia itu telah digunakan oleh syaitan untuk mengancam umat Islam dengan berbagai-bagai cara, supaya umat Islam takut kepada orang kafir. Namun, Allah s.w.t. mengingatkan bahawa perasaan itu hendaklah digunakan pada tempat yang betul, iaitu dengan takutkan Allah s.w.t. tanpa melakukan benda-benda lain dan digunakan terhadap matlamat Allah s.w.t. sahaja. Ini bererti bahawa syaitan menggunakan emosi ini untuk mempengaruhi manusia kepada kepentingannya(Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1446).
Firman-Nya dalam surah Al-Zumar ayat 16:

Maksudnya:
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; Dengan (azab) Yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu Wahai hamba-hambaKu!"
(Surah al-Zumar :16)

Keterangan-keterangan yang telah dijelaskan menunjukan bahawa perasaan takut yang ada pada manusia digunakan oleh dakwah untuk mempengaruhi mereka supaya memahami dan melaksanakan arahan-arahan yang dikemukan bagi menyelamatkan diri mereka

2. Marah
Marah adalah satu perasaan yang tertanam pada seseorang sejak kecil sampailah mati. Ia berguna untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, negara yang diredhai dan lain-lain yang perlu dipertahankan. Namun, marah juga boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain kerana ketika perasaaan ini datang, ramai orang hilang pertimbangan. ( Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:149)
Firman Allah s.w.t. dalam kitab-Nya yang mulia iaitu dalam surah Al-Fatihah ayat 7:

: Maksudnya
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
(Surah al-Fatihah :7:)

Antara firman Allah s.w.t. yang lain pula ialah dalam surah Taha ayat 81:

Maksudnya:
Serta Kami Katakan: makanlah dari benda-benda Yang baik Yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana Dengan Yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa Yang ditimpa kemurkaanKu, maka Sesungguhnya binasalah ia.
(Surah Taha: 20)

Ayat-ayat di atas yang mengarahkan umat Islam supaya tidak marah diperkukuhkan lagi dengan hadith-hadith Nabi s.a.w. Antaranya ialah:-

Maksudnya:
Seorang lelaki meminta Nabi s.a.w. memberi suatu wasiat (nasihat), maka Nabi s.a.w. pun berpesan kepadanya dengan dengan katanya: Jangan kamu marah. Nabi s.a.w. mengulangkannya beberapa kali dengan katanya: Jangan kamu marah.

Sabdanya lagi:
Maksudnya:
Orang yang kuat itu bukanlah disebabkan menang dalam pertarungan, tetapi sesungguhnya orang yang kuat itu ialah yang dapat menguasai dirinya ketika marah.

Contoh yang disebutkan dapat menggambarkan tentang bagaimana dakwah menggunakan perasaan marah untuk memberikan arahan-arahannya sama ada menyuruh atau melarang, supaya sasaran dapat memahaminya dengan baik dan dapat mempengaruhinya.

3. Bimbang dan dukacita
Bimbang dan dukacita satu perasaan yang dialami oleh manusia ketika berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini dan merugikan. Ia boleh mengurangkan daya produktiviti manusia, Jika perasaan ini menguasai manusia ia perasaan yang merugikan. Perasaan dukacita dan bimbang diakui ketika wujudnya dalam jiwa manusia dalam al-Quran dan Hadith. Ketika diceritakan tentang manusia pada masa dahulu, al-Quran dan hadith sering menyelitkan tentang perkara ini. ( Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:156).
Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf ayat 86.

Maksud
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu)dari Allah, apa Yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Yusuf :86)

Ayat ini menjelaskan perasaan seorang bapa, Yaakob a.s yang amat berdukacita atas kehilangan anaknya yang dikasihinya, Yusuf a.s dan menunggu-nunggu kepulangannya dengan sabar dan penuh harapan.
Dari sini dapat dilihat Allah dan RasulNya menggunakan emosi bimbang dan dukacita ketika menjelaskan sesuatu mesej dan arahan kepada manusia.

4. Sukacita dan gembira
Kegembiraan adalah nikmat namun tidak selamanya kegembiraan itu menguntungkan. Ia juga boleh merosakkan, jika tidak digunakan dengan baik. Dakwah telah menggambarkan kegembiraan yang dirasai oleh seseorang, sama ada sebagai suatu peringatan kerana ia merugikan dalam sudut jangka panjang atau menggambarkan kegembiraan yang sebenar yang perlu dikejar dengan persiapan-persiapan untuk mendapatkannya. (Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:161)
Kegembiraan yang merugikan diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dengan firman-Nya dalam surah Al-Mu’min ayat 83.

Maksudnya:
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul Yang diutus kepada mereka Dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira Dengan pengetahuan Yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan Dengan Yang demikian mereka pun diliputi oleh azab Yang mereka ejek-ejek dahulu.
(Surah al-Mukminun: 83)

5. Kesukaan dan kasih sayang
Manusia dibekalkan perasaan suka dan kasih sayang sesama mereka yang berhubung kait dan bertepatan seperti kepada anak, ibu bapa, saudara mara, benda-benda yang dimiliki dan lain-lain. Dengan adanya perasaan kesukaan dan kasih sayang ini, maka yang berkenaan dengan perasaan tersebut terkawal dengan baik. Ini kerana manusia sukakan kepada perkara-perkara yang sempurna dan menyenangkan hati mereka(Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:161).
Al-Quran telah menyebut beberapa perkara yang disukai oleh manusia. Dalam firman-Nya dari surah Ali-‘Imran ayat 14.

Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah ali-Imran : 14)

Dalil yang dikemukan dapat disimpulkan bahawa emosi kasih sayang yang wujud dalam diri manusia hendaklah disalurkan pada tempat-tempat sesuai dan selayaknya. Jika tidak ia akan membawa kepada penyelewengan dan kerosakan.

Dakwah hari ini hendaklah bijak bermain-main dengan emosi sasarannya utuk meraih keberkesanan. Oleh itu, isu-isu untuk membangkitkan emosi sasaran seperti yang dikemukan perlu ditonjolkan dengan jelasnya oleh dakwah hari ini bersama dengan mesej dan arahan dakwah yang hendak disampaikan kepada sasaran.


3.2 PENDEKATAN MINDA
Jika ditinjau dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menunjukkan makana pemikiran dan buktinya bagi merangkumi perkara yang berkaitan dengan proses pemikiran seperti pengamatan, pemerhatian, pemahaman dan kelebihan akal yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Oleh itu, pendekatan minda yang menjurus kepada minda dan mendorong kepada pemikiran, pemerhatian dan pengambilan iktibar amat sesuai digunakan dalam proses bimbingan keran manusia memang mempunyai potensi untuk berubah untuk berubah kepada kebaikan dengan anugerah akalnya. (Fariza Md Sham:2006:70)

Pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan berdebat dan berbincang secara teratur dan ikhlas bagi mencari kebenaran dan memahami persoalan yang dipertikaikan. Kisah dan sejarah umat silam yang terdapat dalam al-Quran boleh juga dipaparkan agar dapat menyuburkan minda yang rasional dan menjadi iktibar(Fariza Md Sham:2006:70).
Contohnya kisah kaum Nabi Lut, kaum Nabi Nuh dan kejadian terbaru yang berlaku pada hari ini. Firman Allah dalam KitabNya yang mulia dalam surah al-A’raf ayat 176.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Surah al-A’raf : 176)

Pendekatan minda boleh juga dilakukan dengan menggerakkan akal yang rasional dan membuat perbandingan, misalnya melalui analogi seperti kisah seorang pemuda yang meminta izin daripada Rasulluh s.a.w. untuk berzina lantas Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“ sukakah anda akan hal itu berlaku kepada ibumu? Jawab pemuda itu: Demi Allah aku tidak suka dan aku pasti menghalangnya maka sabda Nabi s.a.w. bgitu juga orang lain pun tidak akan membenarkan berlaku zina kepada ibu-ibu mereka”.

3.3 PENDEKATAN MOTIVASI
Psikologi dakwah mempunyai kekuatan pendekatan yang berteraskan kepada proses motivasi individu dan motivasi sosial (Ideris 1997:152 dalam Fariza Md Sham:2006:71). Proses motivasi dapat membina sakhsiah Islam melalui penenguhan tingkah laku untuk menghayati akidah tauhid, amalan syariat Islam dan akhlak mulia kerana motivasi menjurus kepada kesedaran dalam diri remaja itu sendiri.

Pendekatan motivasi amat sesuai digunakan dalam proses pendidikan sama ada di sekolah atau di rumah. Motivasi yang tinggi akan mendorong golongan remaja belajar dengan rajin. Ada beberapa cara bagaimana motivasi dapat ditanamkan oleh guru atau ibu bapa, iaitu dengan menbantu mereka memahami kaitan bahan pembelajaran dengan keperluan pembelajaran itu sendiri. Maksudnya, tiap-tiap bahan pembelajaran itu bukan sahaja penting untuk individu, tetapi juga berkaitan dengan fungsi individu pada masa akan datang dan sebagai persediaan bagi menjalani hidup dengan lebih berkesan (Fariza Md Sham et al. 1997:114 dalam Fariza Md Sham:2006:71).

Pendekatan motivasi boleh dilakukan dengan membantu remaja meningkatkan keyakinan diri dengan cara dorongan bukan paksaan. Contohnya, memberi perangsang supaya mereka melinatkan diri dalam aktiviti yang boleh meningkatkan penghargaan diri seperti bersukan, lukisan dan aktiviti kesenian yang tidak bercanggah dengan Islam. Di samping itu, motivasi boleh diberi dengan mempamerkan situasi pendidikan pembelajaran yang selesa, menarik dan menyeronokkan, sesuai dengan tahap perkembangan remaja. Galakan dan bimbingan dalam menentukan arah pembelajaran mereka sendiri mengikut kemampuan dan kecerdasan diri mereka juga boleh dilaksanakan. . (Fariza Md Sham:2006:71)

3.4 PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pendekatan bimbingan dan kauseling merupakan satul lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk berdakwah kepada remaja. Antara ciri-ciri pendekatan bimbingan dan kaunseling ialah

1. Empati Bukan Simpati
Empati dan simpati adalah 2 perasaan yang berbeza. Simpati tidak menjamin sesuatu tindakan itu lahir daripada kefahaman atas apa yang dirasai oleh orang yang diberi simpati itu dalam kaunseling. Empati adalah benar-benar memahami perasaan dalaman seseorang supaya kita dapat memberi tindak balas yang sewajarnya dalam usaha membantu orang lain.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

2. Ketulenan Bukan Kepura-Puraan.
Kaunselor mestilah menghindarkan diri daripada sikap berpura-pura atau bermuka-muka. Keikhlasan ini penting untuk membolehkan remaja menjadi kongruen Mereka mesti menunjukkan kebolehan.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

3. Belaian Bukan Kekerasan
Kaunselor perlu sentiasa melayan klien dengan lemah lembut. Kekerasan adalah sifat yang di larang dalam sesi kaunseling kerana ini akan melahirkan klien yang tidak kongruen lebih lagi remaja zaman sekarang.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

4. Melatih Bukan Menghukum
Remaja adalah golongan yang berjiwa rapuh daan mudah terpengaruh. Kaedah melatih atau membimbing merupakan cara terbaik untuk mendidik seseorang. Ia meninggalkan kesan positif yang berpanjangan seperti lebih mengenali diri, dapat membuat keputusan, boleh berdikari dan mempunyai keyakinan diri.


3.5 PENDEKATAN PENASIHATAN
Terdapat banyak ayat yang menyeru manusia atau orang islam supaya ingat- mengingati (nasihat) di anatara satu sama lain. Antaranya ialah ayat 21 dari surah Al- Ghasiah yang bermaksud : Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanafaat.(Fariza Md Sham:2006:124).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menggesa kepada hambanya yang beriman agar sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada orang yang mempunyai masalah.
Melalui kaedah penasihatan ini remaja mungkin akan lebih mudah untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan tutur kata yang baik, lemah lembut dan sekaligus menggunakan kata ganti nama yang sesuai. Bagi menarik perhatian remaja untuk menceritakan masalah mereka kaunselor mungkin boleh menceritakan kisah teladan, menggunakan kata-kata hikmah semasa memberrikan nasihat. .(Fariza Md Sham:2006:125).

3.6 PENDEKATAN MELALUI STATUS
Keinginan seorang untuk sering hidup bersama orang lain dengan keadaan selamat, dihormati dan diakui menyebabkan manusia sukakan satu status yang terdapat keadaan-keadaan tersebut.(Hailgard 2975 : 139 dalam Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 212). Dengan itu manusia suka berada dan bergabung dalam kumpulan yang melambangkan tahap dan status tersebut.
Dakwah menggunakan beberapa status untuk menarikdan mempengaruhi sasarannya sama ada yang sudah menjadi pengikut atau yang sebelumnya. Status –status yang digunakan bahawa orang Islam itu ialah :

1. Golongan Yang Baik.
Dalam menyampaikan mesej atau arahan kepada sasaran dakwah kadangkala menamakan orang-orang yang menerima mesej tersebut sebagai golongan yang baik untuk menarik mereka. Contoh-contoh yang boleh dilihat adalah seperti firman Allah dalam surah al-Imran ayat 110.

Maksudnya
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Ayat tersebut memberi status yang tinggi kepada pengikut Nabi Muhammad s.a.w iaitu mereka adalah sebaik-baik umat, apbila mereka melaksanakan tugas yang mulia, iaitu membina dan memperbaiki manusia. Tugas tersebut merupakan tugas sebenar pengikut Nabi (s.a.w) yang melambang satu golongan yang memiliki status yang baik.(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 214)

2. Golongan Yang Kuat Dan Mulia
Selain daripada baik, orang Islam adalah orang yang kuat dan mulia. Kuat dan mulia adalah sifat asal orang Islam yang ditonjolkan oleh dakwah bagi menarik sasaran kepada seruannya. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 217). Firman Allah dalam surah al- Munafiqun ayat 8

Maksudnya:
mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Ayat diatas menjelaskan kedudukan orang Islam sebenarnya kuat dan mulia, tidak sebagaimana yang dituduh oleh orang –orang munafiq yang menyatakan le\mah dan hina. Allah memberi status yang tinggi kepada golongan yang beriman , untuk menarik mereka tetap berada dalam golongan ini.

3. Golongan Yang Adil
Umat Islam adalah satu golongan yang adil. Status ini boleh mendorong seseorang untuk menyertainya. Ayat di bawah menjelaskan kedudukan ini. Firman Allah dalam Surah al- Baqarah ayat 143

Maksudnya:
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Ayat tersebut menerangkan yang umat Islam itu sebagai sebagai umay yang adil dan terpilih. Status tersebut diberikan oleh orang –orang yang melaksanakan tanggungjawab yang mulia iaitu yang menyampaikan agama ini ke seluruh dunia. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 219)

4. Golongan Yang Bertanggungjawab
Orang islam merupakan satu golongan yang beertanggungjawab. Status ini dapat dilihat dalam beberapa ayat dan hadith. Contohnya, seperti firman Allah dalam Al Isra’ ayat 36

Maksudnya: dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Ayat tersebut menjelaskan sifat sebenar orang Islam, iaitu bertanggungjawab dengan apa yang didengar, dilihat dan disimpan dalam hati. Dengan itu golongan yang bertanggungjawab ini tidak akan mendengar,, melihat dan menyimpan di hati benda-benda yang buruk dan merosakkan. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 221)

5. Golongan Yang Beruntung Dan Bernasib Baik.
Orang Islam juga diberikan status golongan orang yang beruntung dan bernasib baik. Status ini diberikan kepada mereka yang dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Firman Allah dalam surah al Nahl ayat 30

30. dan ditanya pula kepada orang-orang Yang bertaqwa: "Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhan Yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang Yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan Yang baik, dan Sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang Yang bertaqwa.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang bertakwa itu adalah orang yang diberikan kebaikan , didunia ini dan juga terutamanya diakhirat nanti. Dengan itu, status orang bertakwa itu adalah status orang yang beruntung dan bernasib baik. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 223)

6. Golongan Yang Selamat Sejahtera.
Orang Islam juga merupakan golongan yang selamat sejahtera, yang bererti mereka berada dalam selamat dan mereka juga menyelamatkan orang lain. Kehidupan yang selamat dan sejahtera sangat diperlukan oleh remaja kerana, ia menjadi asas yang penting bagi mereka dalam melayari kehidupan mereka yang penuh cabaran.
Ini dapat dilihat jelas dalam surat-surat yang dihantar oleh Nabi s.a.w kepada raja-raja dan ketua-ketua negara pada tahun ke-6 hijrah untuk menyeru mereka kepada Islam, kandungan penting dalam surat tersebut itu menyebut, ” Selamat sejahteralah bagi orang yang mengikut pertunjuk”. Disamping itu, kebanyakan surat menyebut, ” Ikutlah Islam, nanti kamu akan selamat ” ( al-Nadawi, 1977 : 233-255 dalam Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 225)
Keterangan-keteranga yang telah disebutkan menjelaskan bahawa pendekatan dakwah menggunakan status untuk menggalakkan remaja menerima mesej yang telah dikemukakan.

KESIMPULAN
Masyarakat harus mengetahui serba sedikit tentang ilmu psikologi perkembangan, khususnya perubahan dan perkembangan remaja. Pengetahuan ini dapat membantu mereka dalam mengarah remaja kepada perkembangan yang sihat untuk memberi keyakinan kepada kehidupan remaja pada masa akan hadapan. Setelah mengetahui tahap-tahap perkembangan dan perubahan remaja, maka proses memberi bimbingan dan nasihat harus menjurus kepada keperluan tahap tersebut agar lebih berkesan dan tidak bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri.
Mesej dan arahan dakwah yang terdapat dalamal-Quran dan Hadith dikemukakan dengan bermacam bentuk persembahan. Mesej dan arahan tersebut bertujuan untuk menarik perhatian, meransang, mendorong dan mempengaruhi sasaran kepada penerimaan mesej tersebut. Bentuk persembahan tergolong kepada bentuk psikologi. Di sini bolehlah disimpulkan bahawa al-Quran dan hadith penuh dengan unsur-unsur psikologi dan perlu dikaji secara mendalam untuk tujuan dakwah, Islam agama fitrah. Dengan itu, dakwah hendaklah dilakukan secara fitrah.

Pendekatan dakwah secara psikologi merupakan pendekatan fitrah. Pendakwah hendaklah berusaha memahami dan mendalami isu psikologi untuk digunakan dalam dakwah. Kaedah dakwah yang sesuai untuk tujuan keberkesanan menjadi satu pokok dalam dakwah. Setiap pendakwah harus peka dalam perkara ini dan psikologi konvesional yang dihasilkan daripada kajian yang jelas sangat berguna kepada dakwah, dan hendaklah dipelajari secara bersepadu.
Oleh itu, dalam psikologi dakwah, hati merupakan unsur yang perlu ditekankan atau diambil berat oleh para pendakwah kerana jasad manusia akan menjadi lebih baik sekiranya hati sasaran menerima ajakan dan kebenaran yang disampaikan.

Isnin, 17 Mei 2010

Sifat Tercela Dalam Islam



Manusia dikurniakan oleh Allah dengan sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang perlu kita selalu amalkan manakala sifat mazmumah pula ialah sifat yang tercela yang perlu kita jauhi. Antara sifat tercela yang perlu kita jauhi ialah

a. Putuskan hubungan sesama Islam

Islam melarang umatnya berlaku kasar, memutuskan hubungan, menjauhi dan memusuhi sahabat. Sekiranya berlaku perselisihan, mereka hendaklah bertaubat dan diberi tempoh tiga hari untuk memperbaiki perhubungan. Selepas itu kedua-dua pihak dikira berdosa jika tidak memperbaikinya. Jika tidak mahu bercakap secara empat mata cuba melalui telefon atau menulis surat kepadanya atau melalui orang perantaraan yang disegani.

b. Menyakiti hati ibu.

Semua manusia tidak suka di sakiti hatinya apatah lagi ibu yang melahirkan kita. Ingatlah jasa-jasa ibu yang sangat besar kepada kita. Orang yang menyakiti hati ibu tidak akan mencium bau syurga kerana dia telah derhaka kepada ibunya. Menyakiti hati ibu hukumnya berdosa.

c. Tidak memaafkan sahabat

Orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan kawan adalah berdosa. kawan yang bersalah tadi mungkin terhapus dosanya apabila dia meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada orang yang dia buat salah. Kalau kesalahan itu melibatkan harta atau hak kepunyaan orang seperti dia mencurri barang orang, hendaklah dia pulangkan barang yang dicuri kemudian barulah meminta maaf. Kalau orang yang dicuri barangnya reda maka terlepaslah dia dari dosa tersebut. Bukankah Rasululullah pemaaf orangnya dan Allah pula Maha Pengampun. Allah tidak suka kepada sesiapa yang tidak bersifat pemaaf. Orang yang tidak bersifat pemaaf adalah orang yang sombong dan ego. Manusia tidak boleh bersifat begitu kerana sifat tersebut hanya Allah.

d. Mencerca anak

Cercaan ibu itu merupakan satu dosa. Secara tidak langsung ucapan itu akan mempengaruhi peribadi anak apabila dewasa kelak. Oleh itu ibu perlu berhati-hati dalam mengeluarkan setiap perkataan atau ketika marahkan anak. Walaupun begitu sebagai anak kita hendaklah taat dan patuh kepada ibu. Kita hendaklah simpati dan kasihan pada ibu yang sibuk menguruskan keperluan hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh melawan kata-katanya. Segala suruhan ibu hendaklah dituruti asalkan tidak bercanggah dengan syariat. Kalau sudah bercanggah dengan syariat hendaklah kita menolaknya dengan bijaksana. Anak yang baik selalu mendoakan ibu bapanya dan selalu meminta maaf jika tersilap atau terbuat salah. Ingatlah seorang ibu tidak akan sewenang-wenangnya memamarahi anakny. Tentu ada salah dan silap si anak menyebabkan ia di marahi. Oleh itu sentiasalah mengakaji apa salah kita kepada mereka dan baikilah sikap kita dengan sebaiknya.

e. Tidak menerima teguran

Sikap demikian ialah sikap orang yang sombong. Bersikap sombong adalah berdosa, terutamanya terhadap orang yang lebih tua daripada kita. Sebagai hamba Allah kita tidak boleh mempunyai sikap sombong kerana ia adalah salah satu daripada sifat Allah. Hanya Allah yang layak bersifat sombong kerana dia Maha Suci daripada segala kekurangan. sedangkan makhluk seperti kita, banyaj kelemahan dan kekurangan. Selain tidak berakhlak orang yang sombong akan dibenci orang lain. Bagi kakak atau abang pula layananlah karenah adik kita dengan xabar. Sebagai orang yang lebih tua kita perlu berkasih sayang dengan adik-adik kita.

f. Berdendam

Islam sangat menganjurkan umatnya agar bersifat pemaaf. Pemaaf adalah sifat yang Allah puji. Allah sangat suka jika kita dapat berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Lagi pula menaruh dendam kepada seseorang hukumnya berdosa. Rasulullah menyarankan agar kita umat Islam sentiasa bersikap baik kepada sesiapa sahaja walaupun kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Inilah sikap yang terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam.

Khamis, 29 April 2010

Syukur...Syukur.....Syukur!




Apabila bulan Rabiul Awal muncul maka masjid dan surau di seluruh Negara pasti meriah dengan sambutan Maulidur Rasul – bulan kelahiran junjungan besar, Rasulullah. s.a.w. Beliau adalah penutup segala nabi dan semulia-mulia makhluk yang pernah diciptakan Allah. Maka sangat wajar kita memuliakan dan memeriahkan majlis kelahirannya lantas memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita umat Muhammad s.a.w. Masyaallah tidak cukup dengan nikmat iman dan Islam, Allah jadikan kita umat Nabi Muhammad pula.

Cuba kita bayangkan betapa bertuah kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. bayangkan nabi-nabi lain tidak mampu memberi syafaat umum kepada umatnya sepertimana Nabi Muhammad s.a.w di Padang Mahsyar nanti. Dalam hadis dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap nabi mempunyai doa-doa yang didoakan untuk umatnya, sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat umatku di hari kiamat”. Ya Allah betapa mulianya peribadi rRasulullah yang mana sanggup berkorban untuk umatnya walaupun beliau pernah dicaci dan dihina.

Rasa syukur memang senang kita diucapkan tetapi berapa ramai dari kita yang sering berrsyukur? Semasa kita hendakkan sesuatu, amboi bukan main lagi kita panjatkan doa agar diperkenankan doa kita tu….tapi apabila sudah dapat apa yang dihajati , ramai pula yang lupakan Allah. Pendek kata lupa hendak bersyukur. Kalau ada pun mula-mula itu bersyukur … tapi selepas itu apabila kerja semakin sibuk, doa entah ke mana, syukur jauh sekali.

Tidak bererti harta kekayaan kalau jiwa miskin, rumah lapang tetapi hati sempit, berilmu pengetahuan tetapi berpekerti buruk, berpangkat tinggi tetapi hidup dalam kebencian orang, beristeri cantik ( atau bersuami macho) tetapi hati susah, harta menimbun-nimbun tetapi hati susah, harta menimbun tetapi badan memaanjang sakit dan paling teruk semua kekayaan yang kita punya tidak membawa erti apa-apa jika kita tidak pandai bersyukur.

Adakah kita mengetahui bahawa kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan. Kesenangan jiwa terletak dalam sedikit berbuat buruk. Kesenangan hati pula terletak pada sedikit kepentingan. Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan—bukan dan kesenangan nikmat adalah apabila kita pandai BERSYUKUR.

Dan ingatlah jika Allah mahu mendidik manusia, maka diturunkannya kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat kepada kita. Itulah yang sering saya katakana kepada anak saya apabila mereka ditimpa kesakitan. Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa syukur itu adalah nikmat daripada Allah yang dianugerahkan kepada kita.

Oleh itu bersyukurlah jika kita ditimpa kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat pada kita. Kesimpulannya, syukur juga adalah milik Allah dan bukan milik kita kerana tanpa Allah siapalah kita. Syukur...syukur ya Allah

Bersimpatilah Kepada Golongan Peminta





Islam menjelaskan bahawa kebaikan itu berada di tangan yang disebelah di atas iaitu tangan yang dermawan, berbanding tangan yang disebelah bawah dengan erti tangan yang disebelah bawah erti tangan yang menadah sebagai peminta.

Meskipun begitu, tidak seorang ingin menjadikan identiti peminta itu sebagai cara hidup, kecuali lantaran kesempitan hidup yang terlalu membelenggu hingga pada jangka waktu yang singakat penyelesaiannya hanyalah dengan pertolongan orang lain.

Seorang yang dalam keadaan demikian terpaksa melupakan tentang hinanya hidup yang terpaksa meminta-minta jika berhutang pun tiada siapa yang akanpercaya, pasti orang merasa sangsi tentang keupayaan untuk membayar kembali hutang tersebut. oleh itu cara yang sesuai ketika itu tidak lain dari meminta pertolongan dengan sesiapa jua yang bersimpati.

Atas nama persaudaraan Islam dan juga kemanusian maka tidak wajar dipersoalkan peribadi peminta sedekah yang muncul di pintu rumah kita, walaupun pada pandangan kasar, si peminta masih sihat dan boleh berusaha.

Seorang dermawan perlu memikirkan bahawa jangan dibiarkan peminta sedekah itu beredar meninggalkan pintu rumah kita dengan tangan kosong, tanpa mendapat sebarang simpati. rasulullah pernah mengingatkan seorang sahabat yang bernama Ummu Bujaidin.

Kata Ummu Bujaidin " suatu hari aku meminta nasihat rasulullahtentang tok fakir yang berdiri terpacak di depan pintu rumahku. "Aku terpegun berdiri dihadapn tok fakir itu sehingga aku sendiri merasa malu kerana tidaak ada apa yang dapat aku berikan kepadanya. Namun aku tidak sampai hati nak suruh tok fakir itu beredar dari rumahku.

Lalu Rasulluah menasihatiku : " Berilah apa yang terdaya, walaupun hanya kaki kambing yang sudah di bakar, namun tidak baik membiarkan tok fakir beredar dengan hampa".

Rasullullah menganjurkan agar seseorang itu menghulurkan bantuan dengan apa cara sekalipun kaki kambing itu tulang yang dibaluti kulit tanpa sebarang daging yang boleh digigit dan kunyah oleh tok fakir. Itu hanyalah satu contoh yang menganjurkan agar kita berikhtiar cari apa jua yang boleh diberikan, walaupun secawan beras dan seumpamanya.

Demikian antara ciri akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah. Betapa pentingnya bersifat penyantun dan bermurah hati terutama terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti tok fakir yang diceritakan oleh Ummu Bujaidin itu. Sebarang pemberian walaupun terlalu kecil dan tidak berharga , namun ia amat bernilai jika dikaji dari sudut hubungan dan kemanusian antara muslimin dan sesama insan.

Sifat saling membantu ini merupakan suatu rukun masyarakat bagi mencapai keamanan dalam hubungan insan. Jika semua manusia ingin membantu sandaranya, maka tidak timbul sifat tamak dan niat jahat untuk mengambil harta orang lain tanpa izin seperti mencuri dan merampas kerana jika ia memerlukan pertolongan harta nescaya ia alan mendapat pertolongan tersebut.


Bagaimanapun si peminta sedekah itu janganlah mengambil kesempatan dari sikap murah hati itu sehingga terus menerus menggantungkan harapan hidupnya dari pemberian orang lain, tanpa membuat sesuatu usaha yang lebih mulia dengan berusaha bekerja walaupun mengambil upah memotong rumput, mencuci kereta, apatah lagi ia memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan modal yang diperolehi dari pertolongan orang lain misalnya.

Dari sebuah hadis Rasulullah menggambarkan betapa hodohnya sikap orang yang suka meminta sedekah, diakhirat kelak dia dibangkitkan di padang Mahsyar dalam keadaan mukanya tidak berdaging hanya tulang tengkorak semata-mata. Oleh itu jangan jadikan meminta sedekah sebagai cara hidup.

Sesungguhnya para nabi itu mencari rezeki dari titik peluhnya sendiri, sperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah berternak kambing atau berniaga.

Rabu, 28 April 2010

Muslimat.... Bahaya Menantimu.......



Dalam era dunia tanpa sempadan, manusia begitu gila mengejar kemajuan dan teknologi. Nilai-nilai agama tidak lagi menjadi teras dalam kehidupan harian. Manusia lebih tertumpu kepada kepentingan material yang menyenagkan hidupnya di dunia. Hukum-hukum serta peraturan syarak tidak lagi di peduli termasuk kewajipan menutup aurat. Peninggalan dan keingkaran manusia terhadap perintah Allah ini sudah tentu membawa bala.

Jika kita dapat lihat sekarang banyak kes tangkap khalwat, kelahiran anak luar nikah, rogol dan sebagainya berlaku. renungkanlah wahai muslimat kenapa semua ini terjadi. Ramai yang menyatakan semua ini terjadi kerana perempuan suka pakai seksi dan menaikkan nafsu syahwat lelaki. Kenyataan itu cukup meyakitkan bagi saya yang juga seorang muslimat. Akan tetapi saya tidak dapat menyangkal dakwaan itu.

Marilah muslimat sekelian kita menutup aurat kerana ia bukan saja akan memberikan kita pahala tapi akan mengurangkan kesan keingkaran menutup aurat seperti
1. Berleluasa penzinaan
2. Peningkatan jenayah rogol
3. Gejala homoseksual dan lesbian yang begitu terhina
4. Sumbang nahram yang tidak mengenal batas ketamadunan manusia.
• Perbuatan-perbuatan terkutuk di atas akan menyumbangkan pula kesan selanjutnya seperti berikut :
1. Kelahiran anak luar nikah
2. Pembuangan bayi
3. Pembunuhan magsa rogol atau bayi dengan kejam
4. Bunuh diri oleh mangsa
5. Gangguan mental
6. Aids dan seribu macam masalah dalam masyarakat.
Selain daripada itu keingkaran menutup aurat pasti mendapat balasan daripada Allah s.w.t di akhirat kelak seperti mana yang di saksikan oleh Rasulullah semasa peristiwa Israk dan Mikraj. rasulullah s.a.w menangis melihat seksaan yang di kenakan kepada golongan wanita umatnya yang ingkar menutup kepala dengan bertudung. Lalu mereka diseksa berulang kali dengan digantung rambutnya hingga otak menggelegak kerana kedegilan mereka untuk menutup rambut dari pandangan lelaki ajnabi semasa hidup didunia. Masyaallah beratnya siksaan itu wahai muslimat.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w menggambarkan antara penghuni neraka ialah golongan yang tidak mahu menutup auratnya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya

Ada dua golongan penghuni neraka yang saya tidak pernah melihat iaitu satu kaum yang membawa cemeti ( rotan) seperti seekor lembu sedang memukul manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang( mendedahkan aurat), mereka tidak patuh perintah Allah dan mengajak orang lain mengikuti mereka. Kepala (sanggul rambut) mereka condong seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium syurga yang baunya sejauh perjalanan. ( Muslim)

Daripada hadith tadi, balasan azb kepada mereka yang ingkar menutup aurat sangat pedih. Peristiwa Israk dan Mikraj menunjukkan bagaimana penyeksaan ke atas wanita yang tidak menutup rambut walaupun sehelai sangat pedih azabnya apatah lagi jika mendedahkan bahagian yang lebih berat seperti betis, paha, lengan, dada, belakang, bahu dan lain-lain. Jelaslah disini bahawa kewjipan menutup aurat bukanlah satu perintah yang boleh dipandang ringan oleh mislimat sekelian kerana implikasinya boleh meroskkan kehidupan manusia dan menempah azab akhirat kelak. Allah telah mengingatkan perkara tersebut di dalam Al-Quran dalam surah al-Qamar ayat 30 yang bermaksud :

Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azab-Ku dan amaran-amaran-Ku
Marilah wahai muslimat sekelian kita mula menutup aurat kerana setiap suruhan dan larangan ada hikmahnya.

Marilah Menutup Aurat



Kewujudan kita di muka bumi ini telah di atur dan ditentukan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t telah mengatur sistem kehidupan manusia dalam semua aspek sama ada ibadat khusus atau kehidupan seharian yang dikenali sebagai syariat. Bagi menyampaiakan amanah ini Allah mengutuskan pula para nabi dan rasul untuk mengajar dan mewajibkan manusia mengikut peraturan-peraturan tersebut. Kita sebagai manusia tidak mengetahui bahawa setiap pertauran yang Allah tetapka itu akan membawa kebaikan kepada manusia bukan menyusahkan mereka. Begitulah juga halnya dengan peraturan tentang kewajipan menutup aurat.

Masyarakat kita hari ini masih lagi keliru tentang konsep berpakaian dengan konsep menutup aurat. Kegagalan memahami dua konsep di atas menyebabkan mereka terdedah kepada gejala maksiat yang semakin berleluasa kini.

Pepatah Melayu ada menyebut ' Dari mata turun ke hati". Pepatah ini amat jelas menerangkan kepada kita tentang peranan mata, sehingga menumbuhkan perasaan lain di hati seseorang. Begitu besar kawan-kawan penangan mata.

Secara fitrahnya kaum lelaki memang gemar melihat bahagian tubuh badan wanita. Bagi wanita pula telah menjadi fitrah mereka suka berhias bagi menunjukkan kecantikan mereka.

Lirik lagu nasyid Raihan masih terngiang-ngiang di telinga tentang bahana yang boleh di dapati dari kerana mata... dan pendedahan aurat. Jika tidak dibendung ia akan menjadi kudis besar yang susah diubati.


Allah tidak mewujudkaan sesuatu untuk menyusahkan umatnya. Sekiranya kita berjaya memelihara mata atau mengikut tegahan melihat aurat banyak manafaat yang boleh didapti seperti
1. Mendapat kemanisan dalam beribadat
2. Mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
3. Menguatkan hati dan membahagiakannya.
4. Membuat hati sentiasa ingat kepada Allah s.w.t
5. Melepaskan hati dari godaan syaitan
6. Dapat menghindari zina.

Hikmah Menutup Aurat

Peraturan yang Allah tetapkan memang ada hikmah. Antaranya ialah

Supaya kita mudah dikenali

Apabila wanita menutup aurat, dia mudah dikenali sebagai wanita Islam. Hal ini akan memberikan perbezaan identiti yang jelas antara wanita Islam dan wanita kafir yang tidak menutup aurat. Kesukaran mengenali identiti orang islam dan bukan Islam ini jelas ketara di kalangan masyarakat Sabah. Ini adalah kerana nama yang digunakan tidak melambangkan agama mereka. Contohnya, nama Maslina tapi agama Kristian.

Supaya mereka tidak diganggu

Apabila kita menutup aurat dengan sempurna maksiat dapat dielakkan. Pakaian yang menutup aurat berperanan sebagai pendiding, kalis dan benteng daripada segala maksiat dan pencerobohan.

Demikianlah antara hikmah Allah mewajibkan hamba-Nya menutup aurat. Ringkasnya suruhan Allah s.w.t ini pasti membawa kita kepada kesejahteraan dan keamanan.

Sabtu, 17 April 2010

Terkadang Cinta Terlalu Dipentingkan


Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian yang menentukan menang atau kalah tetapi adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetian dan ketulusan.

Bukan sedikit orang menganggap persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Tanggapan itu silap, cinta penting lantaran anugerah Ilahi untuk setiap hamba-Nya. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmat hidup Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.

Cinta itu penting, malah bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang. Manusia apatah lagi. Unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan, meskipun pada asalnya cinta menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagian, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.

Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta juga manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkalaberdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala cinta menyelubungi hati, sluruh alam kelihatan indah, pada hal pada waktu itu hari telah pun diselubungi gelap.

Cinta boleh mencerahkan yang kelam malah kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saj. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya. Begitulah hebat dan berkuasanya cinta.

Sayang, sesetengan orang menjadi semakin lemah kerana cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan, dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.

Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklumlah, mananya manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi yang dihadapinya. Bersedih itu salah satu sifat semulajadi manusia, tetapi jika terlalu sedih akan menccabar tahap normal seseorang manusia.

Cinta memang sesuatu tang penting, tetapi usah terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta sebagai 'booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

Jumaat, 16 April 2010

Marilah Bertaubat.......


Setiap perbuatan dosa dan maksiat perlu dihapuskan sebelum menemui Allah. Dosa besar atau dosa kecil perlu dihapuskan dengan cara bertaubat. Dosa di antara kita dengan Tuhan mengerjakan perkara di larang atau meninggalkan perintah Allah.

Dosa ini kita boleh hapuskan dengan cara menyesali segala perbuatan maksiat yang telah dilakukan. Perbuatan yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah perlu kita dijauhi. Setelah menyesal akan dosa-dosa yang telah dilakukan , kita hendaklah berazam untuk tidak mengulangi semula perbuatan yang lalu adalah perlu. Inilah yang diertikan sebagai taubat orang yang benar-benar ingin melakukannya.

Sekiranya kita menyesal akan dosa yang telah dilakukan ketika meminta ampun kepada Allah lalu mengulangi semula itu dinamakan "Taubat Orang Munafiq'. Ingatlah saudaraku sekalian orang munafiq sentiasa mempermainkan kata-kata. Mereka hanya menzahirkan keimanan ketika dikhalayak ramai dan pada hakikatnya jiwa mereka membenci Islam.

Dosa sesama insan.

Dosa sesama insan boleh kita hapuskan dengan menyesali perbuatan kita yang menyakiti insan lain. Kita juga perlu berazam untuk tidak mengulangi semula perbuatan lalu. Ingatlah bahawa dosa yang kita lakukan dengan insan lain perlulah diampunkan oleh insan yang kita lukai itu. Sekiranya insan yang dilukai telah meninggal dunia , kita boleh memohon keampunan dan kemaafan dari ahli keluarga atau kaum kerabatnya. Seandainya masih tiada balasan yang diharapkan memohon ampun dan berrdoa kepada Allah.

Masa khusus untuk bertaubat.

Sekiranya kita melakukan dosa , segeralah bertaubat. Kita tidak boleh melambat-lambatkan untuk melakukannya kerana masa dan umur kita terbatas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat dan waktunya kita akan dijemput pulang.

Tahukah anda bahawa sah bagi orang yang bertaubat meminta ampun bagi sebahagian dari kesalahannya yang telah dilakukannya. Dosanya juga hanya sebahagian sahaja yang diampunkan. Manakala bakinya akan kekal sehinggalah mereka memohon ampun bagi dosa yang seterusnya.

Memohon taubat secara berulang-ulangkali walaupun sebanayak 70 kali ia tetap sah. Ucapan berkali-berkali itu perlu disertai dengan azam untuk tidak melakukan semula perbuatan dosa dan maksiat.

Dosa besar pula, ia tidak akan terhapus melainkan dengan memohon taubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Taubat ini dipanggil "Taubat Nasuha " atau taubat sebenar-benar taubat. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk menerima dan menolak perbuatan taubat kita sebagai hamba-Nya.

Bagi dosa-dosa kecil boleh dihapuskan melalui :

1. Sembahyang Jumaat
2. Puasa di bulan Ramadan
3. Menyempurnakan wuduk ketika cuaca sejuk atau sakit.
4. Belajar Al-Quran
5. Bersedekah
6. memohon ampun dan beristighfar
7. Tawaf di Baitullah
8. Kesakitan dan penderitaan yang menimpa orang Islam di dalam keadaan mereka bersabar
dan redha.

Banyak lagi keadaan yang dapat menghapuskan dosa berpandukan keizinan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Tiada satu dosa atau perbuatan yang dapat memberi mudarat kepada-Nya.


Sesungguhnya Allah telah mengharamkan sesuatu yang perlu diharamkan. Dia juga telah menegah sesuatu yang perlu di tegah demi kebajikan hamba-Nya.

Setiap tegahan yang datang dari Allah ada hikmah yang tersembunyi. Hanya orang yang dapat menggunakan akal dengan matang sahaja dapat memikirkannya.

Jumaat, 9 April 2010

Menjunjung Kasih Ibu



Hina dan rendahnya kaum wanita pada zaman jahiliyah tidak dapat di bayangkan. Kerana dipercayai membawa malu , maka dibunuhlah anak perempuan hidup-hidup! Apakah agaknya perasaan si bapa apabila melihat kerdipan mata anak yang tidak tahu apa-apa ditanam hidup-hidup? Ah tak sanggup rasanya saya hendak mnelihat situasi sebegitu.

Akan tetapi dunia pada masa sekarang telah berpatah balik ke zaman jahiliyah di mana ramai anak-anak yang tidak berdosa turut di buang sesuka hati. Oleh itu bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam. Sebab hanya Islam yang menaikkan martabat dan kedudukan penting seorang wanita atauibu dipersada mulia. Melalui Islam yang di bawa menerangi kegelapan jahiliyah oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan bahawa kedudukan wanita atau ibu yan melahirkan umat itu syurga tempatnya.

Sebab itulah unggul duduknya ibu disi Islam tidak kira ibu kita sendiri atau ibu mentua. Ada yang beranggapan ibu mertua tidak sepenting ibu sendiri. Tanggapan itu salah sama sekali kerana darjat ibu mertua di dalam Islam ialah di tangga kedua iaitu sebelum bapa. Akan tetapi perlu di ingat bahawa wanita yang bergelar ibu itu hendaklah benar-benar mematuhi suruhan dan larangan yang telah digariskan oleh syariat. Barulah layak digelar ibu mithali, ibu sejati!. Oleh itu kewajaran meletakkan ibu pada pelbagai tingkatan seperti ibu jari, ibu negara, ibu pertiwi, ibu susu dan macam-macam lagi memang kena pada tempatnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Ketahauilah ibu-ibu, doa seorang ibu tiada hijab, ia terus di angkat ke langit. jadi bayangkanlah pula andai hati ibu terguris dan terdoa hal yang bukan-bukan tanpa sedar? Makbul dan sengsaralah si anak yang membuat onar terhadap ibunya sendiri.....Buat anak-anak yang sudah tersasar dalam menghormati ibu bapa, baliklah ke pangkal jalan. Ibu mana yang tidak sayang anaknya? Sedangkan biinatang pun kasih pada anaknya, inikan pula kita manusia yang mempunyai akal.......

Seorang ibu yang tulus ikhlas mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anaknya tidak pernah mengharapkan balasan segunung intan permata. Memadailah jika mereka di ingati, disayangi, di kenangi dan di hormati tambah lagi apabila telah uzur dan dimamah usia. Menyintai dan menyayangi ibu tidak semestinya harus berada disampingnya setiap waktu. Tetapi jika kita mampu berbuat begitu amat beruntunglah si ibu. Mendoakan kesejahteraan ibu dunia akhirat juga boleh dilakukan pada setiap waktu dan ketika tidak terhad pada waktu solat sahaja.

Janganlah sayang terhadap mereka bermusim... pemberian balik kasih sayang anak-anak yang ikhlas juga penawar rasa sedih ibu tatkala dirundung duka. Maklumlah orang ni banyak kisah dan ragamnya. Mereka umpamanya sudah pulang ke usia bayi. amat rapuh dan sensitif deria rasanya. Selalu ingin diingati 0leh anak-anak dalam apa jua keadaan.

Pun begitu ibu-ibu marilah kita taat dan sayang kepada Allah serta Rasul-Nya. Jika terdapat anak-anak yang derhaka itu sebenarnya berpunca dari kita ibu bapa yang melahirkan mereka. Yang kemungkinan cinta dan taat kita tidak pada Allah. Inilah kerana kita menuai apa yang kita tanam. andai iman dan taqwa yang kita semai dan bajai insyaallah buah tawaklah yang kita perolehi....... Marilah kita berbakti kepada ibu kita sementara mereka masih bernyawa.

Sabtu, 3 April 2010

Memahami Ciri-Ciri Hati Yang Lembut


Satu topik penting yang mempunyai fadhilat infak ialah mengenai Ar-Riqab, iaitu persoalan bagaimana hendak melembutkan hati.


Sifat hati itu mudah dipengaruhi oleh sesuatu, menyebabkan ia boleh lembut dan sebaliknya boleh menjadi keras seperti seperti batu yang pejal.

" Jika hati lembut seolah-olah ia bagaikan tanah yang subur, mudah diteroka untuk bercucuk tanam. Kelelembutannya membolehlkan tanaman hidup subur, akar umbi mudah menjalar mencari baja yang sedia ada di dalam tanah.

hati yang lembut adalah tapak yang baik untuk menerima segala ajaran dan peringatan dari Allah dan Rasul-Nya, menyambut baik semua nasihat. Malah hati yang lembut adalah jambangan yang suburbagi iman, bagi tertegaknya sifat-sifat taqwa yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Hati yang biasanya dikaitkan dengan pengaruh syaitan atau iblis, kerana iblis itu di jadikan daripada api, bahang api itu membawa kesan buruk terhadap hati. Apabila hati sudah keras, menyebabkan sukar untuk mendengar dan membenarkan firman Tuhan, sulit untuk menerima nasihat Rasul.

Orang yang beriman itu dikehendaki agar berusaha untuk mencari sesuatu yang dapat melembutkan hati, menjauhkan sebarang perkara yang boleh mempengaruhi hati dari ingat akan nasihat Allah dan Rasul.

Kehidupan di dunia terlalu banyak perkara yang boleh mempengaruhi hati sehingga boleh melalaikan dari mengingati Allah, dunia adalah adalah di antara anasir yang boleh mempengaruhi hati. Yang di maksudkan dengan dunia dalam huraian ini ialah setiap perkara yang tidak membawa kebaikan kepada manusia di akhirat , inilah dunia yang di pandang tidak berharga oleh Rasulullah.

Dunia bukanlah terhenti kepada persoalan benda, kerana ada ketikanya urusan akhirat akan bertukar menjadi dunia. Sebagi contoh, ibadah solat adalah satu keperluan dari Allah, walau bagaimanapun apabila solat itu didirikan kerana hendak menunjuk kepada manusia atau riak, maka solat yang demikian itu tidak mendatangkan sebarang kebajikan untuk akhirat malah Allah menjanjikan neraka kepada orang itu kerana urusan akhiratnya sudah bertukar menjadi dunia.

Rasulullah merasa hairan dengan sikap segolongan manusia yang sering mendakwa " ini harta aku", mereka berbangga dengan dunia dan harta yang di dakwanya. Sedangkan harta itu menurut Rasulullah hanya terbahagi kepada 3 :

  1. Harta yang fana atau punah, iaitu harta yang dimakan. Harta itu setelah masuk ke dalam perut manusia akhirnya ia akan dikeluarkan menjadi najis, setelah itu tidak ada sesiapa yang hendak berbangga dengan najis itu, malah tidak ada yang hendakmendakwa sebagai pemiliknya lagi.
  2. Harta yang akan buruk seperti pakaian, kenderaan, rumah dan sebagainya. Semua harta itu akan melalui proses keusangan dan setelah ia buruk tidak ada sesiapa yang menghendakinya lagi. pakaian buruk itu akan kita jadikan lap kaki, jika kenderaan buruk akan kita jadikan besi karat dan dibuang.
  3. Harta yang diberikan kepada manusia, sama ada dalam bentuk nafkah atau sedekah dan hadiah. Harta itu adalah simpanan bagi seseorang. Walaupun pada zahirnya harta tersebut sudah bertukar milik kerana di berikan kepada orang lain,, tetapi pada hakikatnya ia adalah merupakan saham atau tabungan bagiseseorang disisi Allah, selain dari itu hanyalah dunia yang akan binasa atau menjadi usang dan tidak berguna lagi.

Selasa, 30 Mac 2010

Didik Anak Cintai Nabi



Mendidik anak-anak mencintai nabi merupakan satu tuntutan dalam agama Islam. Sebagai ibu bapa kita perlu berusaha mendidik dan menyemai rasa cinta anak-anak pada Nabi mereka sejak usia kecil lagi. Ia menjadi satu tanggungjawab yang tidak boleh kita abaikan sama sekali.

“Apabila dikatakan satu tuntutan bermakna ia bukan satu perkara optional”. Kalau kita rasa nak buat kita buat. Sebaliknya kalau kita tidak mahu , kita boleh kata tidak. Sebenarnya ia bukan begitu. Mahu atau tidak sebagai ibu bapa kita mesti melakukannya.

Natijah dari hasil kenal dan cinta pada Nabi akan lhirlah tanda-tanda sifat kasih dan cinta pada baginda. Tanda-tandanya ialah anak dapat melaksanakan ajaran yang dibawa Rasulullah selain mencontohi peribadi Rasulullah dalam kehidupan kita seharian. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi : “Didiklah anak-anakmu untuk mencintai Allah, mencintai Nabi dan keluarga Nabi.

Sebagai ibu bapa kita perlu kenal dan cintakan Rasulullah terlebih dahulu sebelum anak-anak untuk mencintai Rasulullah. Kita patut kenal siapa Rasulullah, kedudukan baginda dalam Islam, sejarah dan sunbangan serta keperibadian baginda Barulah lahir apa-apa perasaan pada satu-satu tokoh itu.

Semasa saya mengajar di Semporna dahulu sambutan Maulidur Rasul sering dijalankan oleh penduduk setempat. Walaupun mereka kurang menjalankan ibadah wajib tetapi kecintaan mereka terhadap Nabi s.a.w amat jelas. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Tindakan mereka ini jelaskan menunjukkan tanda sayang dan cinta mereka terhadap rasulullah bukanlah ungkapan semata-mata.

Apabila kita sudah jatuh cinta , rasa cinta perlu dilahirkan tetapi bagaimana ya? Caranya ialah dengan berusaha melakukan apa yang di suruh dan menjauhi apa yang dilarang seperti ajaran Islam. Itulah tanda cinta sebagaimana kita cintakan seseorang sehingga sanggup melakukan apa saja ddemi mereka.

Ingatlah apabila kita cintakan rasulullah s.a.w kita perlu melahirkan sikap dengan mencontohi akhlak dan keperibadian baginda.

Ketahuilah bahawa Rasulullah memiliki akhlak yang mulia. Jika saya nak senaraikan disenaraikan terlalu banyak akhlak baginda yang perlu dicontohi seperti sifat lemah lembut, kasih saying, pemurah dan sebagainya. Cuba kita renungkan diri kita. Adakah kita sudah buat atau tidak.

Marilah kita sama-sama mengambil sifat dan akhlak rasulullah sebagai akhlak peribadi. Kalau kita tidak mampu untuk mengambil semua sifatnya, cubalah untuk komited mencontohi satu atau dua akhlak baginda dalam setahun.

Jumaat, 26 Mac 2010

Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa



Berbakti kepada kedua ibu bapa, melayani dengan baik, bersikap lemah lembut serta menunaikan hak-hak terhadap nereka, adalah di antara tugas yang wajib di laksanakan oleh seorang anak. Perintah mentaati keduanya jelas temakrub dalam AlQuran. Firman Allah surah Luqman , ayat 14:

Allah s.w.t melarang kita mendehakai ibu bapa, melawan atau mengherdik keduanya. Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu penderhakaan terhadap Allah dan ia termasuk dalam melakukan dosa-dosa besar.

Menjaga ibu bapa yang telah lanjut usianya, merupakan satu ujian besar kepada anak-anak. Dalam usia tua, ibu bapa mengharapkan pembelaan dan kasih sayang dari anak-anak. Wujud segelintir masyarakat yang menganggap menjaga ibu bapa adalah satu beban.

Sebaliknya pada anggapan mereka, rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih utama dijaga daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Amat malang bagi anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut tetapi mereka tidak dapat berbakti kepada kedua ibu bapa.

Janganlah mengeluh dan merungut kerana menjaga ibu bapa yang lanjut usia lebih-lebih lagi mereka yang uzur. Banyakkan bersabar walaupun di bebani pelbagai kerja yang menjadi tekanan kepada kita. Berilah peluang kedua-dua ibu bapa berehat untuk melakukan ibadah dengan sempurna.

Antara gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita ialah menderhaka kepada kedua ibu bapa. Lebih menyedihkan lagi terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan yang tidak sesuai dengan mereka. Hormatilah ibu bapa lebih daripada menghormati kawan-kawan dan sahabat handai.

Selain daripada itu kebanyakan anak lelaki pada masa kini lebih mementingkan isteri daripada kedua orang tua mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana isteri mereka cantik atau isteri mereka bergaji lebih tinggi daripada suamiIni adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap ibu bapa mereka lebih utama. Adalah satu dosa yang besar disisi Allah jika sorang anak lelaki itu melebih isterinya daripada ibunya. Ini adalah kerana syurga anak lelaki terletak dibawah tapak kaki ibu. Ingatlah wahai anak-anak lelaki sekalian janganlah kalian bersikap seperti Alqamah yang melebihkan isteri sehingga beliau diazab sebelum oleh Allah sebelum menghembuskan nafasnya.