Manusia dikurniakan oleh Allah dengan sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang perlu kita selalu amalkan manakala sifat mazmumah pula ialah sifat yang tercela yang perlu kita jauhi. Antara sifat tercela yang perlu kita jauhi ialah
a. Putuskan hubungan sesama IslamIslam melarang umatnya berlaku kasar, memutuskan hubungan, menjauhi dan memusuhi sahabat. Sekiranya berlaku perselisihan, mereka hendaklah bertaubat dan diberi tempoh tiga hari untuk memperbaiki perhubungan. Selepas itu kedua-dua pihak dikira berdosa jika tidak memperbaikinya. Jika tidak mahu bercakap secara empat mata cuba melalui telefon atau menulis surat kepadanya atau melalui orang perantaraan yang disegani.
b. Menyakiti hati ibu.Semua manusia tidak suka di sakiti hatinya apatah lagi ibu yang melahirkan kita. Ingatlah jasa-jasa ibu yang sangat besar kepada kita. Orang yang menyakiti hati ibu tidak akan mencium bau syurga kerana dia telah derhaka kepada ibunya. Menyakiti hati ibu hukumnya berdosa.
c. Tidak memaafkan sahabatOrang yang tidak mahu memaafkan kesalahan kawan adalah berdosa. kawan yang bersalah tadi mungkin terhapus dosanya apabila dia meminta maaf dengan bersungguh-sungguh daripada orang yang dia buat salah. Kalau kesalahan itu melibatkan harta atau hak kepunyaan orang seperti dia mencurri barang orang, hendaklah dia pulangkan barang yang dicuri kemudian barulah meminta maaf. Kalau orang yang dicuri barangnya reda maka terlepaslah dia dari dosa tersebut. Bukankah Rasululullah pemaaf orangnya dan Allah pula Maha Pengampun. Allah tidak suka kepada sesiapa yang tidak bersifat pemaaf. Orang yang tidak bersifat pemaaf adalah orang yang sombong dan ego. Manusia tidak boleh bersifat begitu kerana sifat tersebut hanya Allah.
d. Mencerca anakCercaan ibu itu merupakan satu dosa. Secara tidak langsung ucapan itu akan mempengaruhi peribadi anak apabila dewasa kelak. Oleh itu ibu perlu berhati-hati dalam mengeluarkan setiap perkataan atau ketika marahkan anak. Walaupun begitu sebagai anak kita hendaklah taat dan patuh kepada ibu. Kita hendaklah simpati dan kasihan pada ibu yang sibuk menguruskan keperluan hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh melawan kata-katanya. Segala suruhan ibu hendaklah dituruti asalkan tidak bercanggah dengan syariat. Kalau sudah bercanggah dengan syariat hendaklah kita menolaknya dengan bijaksana. Anak yang baik selalu mendoakan ibu bapanya dan selalu meminta maaf jika tersilap atau terbuat salah. Ingatlah seorang ibu tidak akan sewenang-wenangnya memamarahi anakny. Tentu ada salah dan silap si anak menyebabkan ia di marahi. Oleh itu sentiasalah mengakaji apa salah kita kepada mereka dan baikilah sikap kita dengan sebaiknya.
e. Tidak menerima teguranSikap demikian ialah sikap orang yang sombong. Bersikap sombong adalah berdosa, terutamanya terhadap orang yang lebih tua daripada kita. Sebagai hamba Allah kita tidak boleh mempunyai sikap sombong kerana ia adalah salah satu daripada sifat Allah. Hanya Allah yang layak bersifat sombong kerana dia Maha Suci daripada segala kekurangan. sedangkan makhluk seperti kita, banyaj kelemahan dan kekurangan. Selain tidak berakhlak orang yang sombong akan dibenci orang lain. Bagi kakak atau abang pula layananlah karenah adik kita dengan xabar. Sebagai orang yang lebih tua kita perlu berkasih sayang dengan adik-adik kita.
f. BerdendamIslam sangat menganjurkan umatnya agar bersifat pemaaf. Pemaaf adalah sifat yang Allah puji. Allah sangat suka jika kita dapat berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Lagi pula menaruh dendam kepada seseorang hukumnya berdosa. Rasulullah menyarankan agar kita umat Islam sentiasa bersikap baik kepada sesiapa sahaja walaupun kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Inilah sikap yang terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan