Satu topik penting yang mempunyai fadhilat infak ialah mengenai Ar-Riqab, iaitu persoalan bagaimana hendak melembutkan hati.
Sifat hati itu mudah dipengaruhi oleh sesuatu, menyebabkan ia boleh lembut dan sebaliknya boleh menjadi keras seperti seperti batu yang pejal.
" Jika hati lembut seolah-olah ia bagaikan tanah yang subur, mudah diteroka untuk bercucuk tanam. Kelelembutannya membolehlkan tanaman hidup subur, akar umbi mudah menjalar mencari baja yang sedia ada di dalam tanah.
hati yang lembut adalah tapak yang baik untuk menerima segala ajaran dan peringatan dari Allah dan Rasul-Nya, menyambut baik semua nasihat. Malah hati yang lembut adalah jambangan yang suburbagi iman, bagi tertegaknya sifat-sifat taqwa yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Hati yang biasanya dikaitkan dengan pengaruh syaitan atau iblis, kerana iblis itu di jadikan daripada api, bahang api itu membawa kesan buruk terhadap hati. Apabila hati sudah keras, menyebabkan sukar untuk mendengar dan membenarkan firman Tuhan, sulit untuk menerima nasihat Rasul.
Orang yang beriman itu dikehendaki agar berusaha untuk mencari sesuatu yang dapat melembutkan hati, menjauhkan sebarang perkara yang boleh mempengaruhi hati dari ingat akan nasihat Allah dan Rasul.
Kehidupan di dunia terlalu banyak perkara yang boleh mempengaruhi hati sehingga boleh melalaikan dari mengingati Allah, dunia adalah adalah di antara anasir yang boleh mempengaruhi hati. Yang di maksudkan dengan dunia dalam huraian ini ialah setiap perkara yang tidak membawa kebaikan kepada manusia di akhirat , inilah dunia yang di pandang tidak berharga oleh Rasulullah.
Dunia bukanlah terhenti kepada persoalan benda, kerana ada ketikanya urusan akhirat akan bertukar menjadi dunia. Sebagi contoh, ibadah solat adalah satu keperluan dari Allah, walau bagaimanapun apabila solat itu didirikan kerana hendak menunjuk kepada manusia atau riak, maka solat yang demikian itu tidak mendatangkan sebarang kebajikan untuk akhirat malah Allah menjanjikan neraka kepada orang itu kerana urusan akhiratnya sudah bertukar menjadi dunia.
Rasulullah merasa hairan dengan sikap segolongan manusia yang sering mendakwa " ini harta aku", mereka berbangga dengan dunia dan harta yang di dakwanya. Sedangkan harta itu menurut Rasulullah hanya terbahagi kepada 3 :

- Harta yang fana atau punah, iaitu harta yang dimakan. Harta itu setelah masuk ke dalam perut manusia akhirnya ia akan dikeluarkan menjadi najis, setelah itu tidak ada sesiapa yang hendak berbangga dengan najis itu, malah tidak ada yang hendakmendakwa sebagai pemiliknya lagi.
- Harta yang akan buruk seperti pakaian, kenderaan, rumah dan sebagainya. Semua harta itu akan melalui proses keusangan dan setelah ia buruk tidak ada sesiapa yang menghendakinya lagi. pakaian buruk itu akan kita jadikan lap kaki, jika kenderaan buruk akan kita jadikan besi karat dan dibuang.
- Harta yang diberikan kepada manusia, sama ada dalam bentuk nafkah atau sedekah dan hadiah. Harta itu adalah simpanan bagi seseorang. Walaupun pada zahirnya harta tersebut sudah bertukar milik kerana di berikan kepada orang lain,, tetapi pada hakikatnya ia adalah merupakan saham atau tabungan bagiseseorang disisi Allah, selain dari itu hanyalah dunia yang akan binasa atau menjadi usang dan tidak berguna lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan