Selamat datang para pengunjung blog umi cahayaku, semoga apa yg saya sajikan mampu memberikan pedoman kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah bahawa kita semua adalah pendakwah, kita tidak perlu bergelar 'ustaz' atau 'ustazah' untuk berdakwah.
Terima Kasih atas kunjungan anda

Ahad, 17 April 2011

PENGURUSAN AKTIVITI SAUDARA BARU DI JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

1.0 PENGENALAN

Jumlah keseluruhan penduduk Pahang berdasarkan banci penduduk bagi tahun 2000 adalah seramai 1,229,104 orang. Kaum Melayu seramai 989,473 orang. Kemudian diikuti oleh kaum Cina seramai 228,043, India seramai 64,419 orang dan lain-lain seramai 6,442 orang. Daripada jumlah penduduk diatas penganut Islam menunjukkan bilangan yang paling ramai iaitu seramai 989,770 orang termasuk 297 orang saudara baru. Saudara baru itu adalah 37 orang India, 58 orang Cina, 162 Orang Asli dan lain-lain bangsa seramai 40 orang. Menurut rekod, terdapat 64,654 Orang Asli di negeri ini daripada 13,248 buah keluarga. Mereka menduduki 263 kampung Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri ini. Bilangan ini (64,654 orang) ialah 41.7 peratus daripada keseluruhan 154,896 Orang Asli yang terdapat Semenanjung Malaysia ini, dan ia merupakan jumlah terbesar berbanding bilangan Orang Asli di negeri-negeri lain. (http://www.pahang.gov.my/index).

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob, daripada jumlah keseluruhan penduduk Orang Asli yang seramai 66,913 orang itu, lebih 4,000 Ketua Isi Rumah (KIR) menganut agama animisme dan selebihnya tidak menganuti apa-apa agama. Jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli beragama Islam di negeri ini adalah 1,000 orang daripada jumlah keseluruhan KIR seramai 13,741 orang. ”Jumlah KIR bagi agama Kristian ialah lebih 800 orang, Bahai 300, Buddha 90, Hindu 10 dan lebih 700 KIR menganut pelbagai agama lain,” katanya.( http://umno-online.com). Daripada fakta di atas jelas bahawa ada lebih kurang 6,900 orang lagi masyarakat Orang Asli di Pahang yang tindak mempunyai agama. Mereka ini adalah antara sasaran dakwah JAIP untuk menambahkan lagi ummah Muhamad di bumi Pahang.

Menururt Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) masyarakat Orang Asli merupakan kaum paling ramai memeluk Islam setiap tahun. Ini dapat dilihat dari statistik saudara baru yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang dimana 2264 orang daripada jumlah 3,865 orang saudara baru yang terdapat di Pahang terdiri dari kalangan masyarakat Orang Asli. Oleh itu Majlis Ugama Islam Pahang sentiasa mengadakan pelbagai program bagi memantapkan akidah masyarakat Orang Asli. Semua program ini dilaksanakan oleh Pengerak dan Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM) .

Melalui statistik daftar pengislaman yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) dapat dilihat peningkatan bilangan pengislaman pemelukan Islam masyarakat Pahang dari tahun 2000 hingga 2010. Pada tahun 2000 jumlah pemelukan di Pahang ialah seramai 297 orang , 2001 menurun kepada 164 orang, 2002 meningkat semula kepada 267 orang, 2003 seramai 252 orang, 2004 seramai 370 orang, 2006 pula seramai 157 orang, 2007 pula 358 orang, 2008 seramai 334 orang, 2009 seramai 748 orang dan sehingga bulan September 2010 pula seramai 520 orang. Dan jumlahnya pemelukan dalam tempoh 10 tahun adalah seramai 3,865 orang.

Menurut rekod, terdapat 64,654 Orang Asli di negeri ini daripada 13,248 buah keluarga. Mereka menduduki 263 kampung Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri ini. Bilangan ini (64,654 orang) ialah 41.7 peratus daripada keseluruhan 154,896 Orang Asli yang terdapat Semenanjung Malaysia ini, dan ia merupakan jumlah terbesar berbanding bilangan Orang Asli di negeri-negeri lain. (http://www.pahang.gov.my/index). Dengan itu pelbagai agensi sama ada dari pihak kerajaan mahu pun swasta yang perlu mengambil langkah untuk mengislamkan masyarakat Orang Asli di Pahang yng belum mempunyai agama. Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP) perlu merangka program ynag lebih mantap untuk menarik minat masyarakat Orang Asli untuk memeluk Islam. terlibat dalam menyebarkan syariat Islam di Pahang.

Teradapat 3 agensi kerajaan di Pahang yang telibat secara langsung dalam pemelukan Islam saudara baru. Agensi-agensi tersebut ialah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) yang bertanggungjawab merangka dan merancang pelbagai program untuk pembangunan saudara baru di Negeri Pahang. Saudara baru wajib diberikan pendedahan dan ilmu mengenai agama Islam supaya mereka benar-benar menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Selain daripada itu MUIP juga bertanggungjawab untuk mengurus pendaftaran dan pengislaman saudara serta mengeluarkan Sijil Pemelukan Agama Islam kepada saudara baru.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) melalui Bahagian Dakwah pula bertanggungjawab sebagai pelaksana semua program yang di rancang oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) manakala Pejabat Agama Islam Daerah pula berperanan sebagai perantara kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam membuat pendaftaran saudara baru dimana semua borang pemelukan Islam boleh di dapati di setiap Pejabat Agam Islam Daerah untuk memudahkan saudara baru memohon sijil daftar muallaf.

Menurut Encik Rasmawi Harun, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketiga-tiga agensi kerajaan ini merupakan tulang belakang bagi penyebaran Islam di kalangan masyarakat Orang Asli Pahang. Ini adalah kerana semua pengawai agensi terbabit sentiasa komited dalam tugas mereka untuk memastikan keperluan saudara baru sentiassa terpelihara.

Oleh yang demikian, JAIP telah merangka program yang mantap dan mampu mempertingkatkan usaha bimbingan kepadaa saudara baru yang mana ia merangkumi perkara yang berkaitan dengan akidah seperti rukun iman dan ilmu-ilmu fardu ain seperti sembahyang dan bersuci. Pemantapan akidah amat penting bagi seorang muslim kerana akidah yang mantap sahaja dapat menghalang unsure-unsur negatif seperti ajaran sesat, gejala murtad, masalah sosial, pengaruh luar dan sebagainya.


2.0 JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)


2.1 Latar belakang Jabatan Agama Islam Pahang. ( JAIP)


Jabatan Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur (JAIP) adalah salah sebuah dari Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur dan beribu pejabat di Pekan .

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum. Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan. Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.

Pada awal penubuhannya, bidang tugas Jabatan Agama Islam Negeri Pahang berkisar kepada aspek pentadbiran, pengurusan nikah cerai dan ruju’ serta Mahkamah Syariah. Ia hanya dianggotai oleh seorang Ketua Jabatan, seorang Mufti dan empat orang Kerani. Pada tahun 1956 Undang-Undang Majlis Anggota Islam telah dipinda dan diganti dengan Undang-Undang Tadbir Agama Islam Tahun 1956. Serentak dengan itu Pejabat Qadhi Daerah telah diwujudkan di Rompin, Pekan, Kuantan, Chenor, Temerloh, Jerantut, Lipis, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.

Pada tahun 60-an dan seterusnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas, maka Bahagian dan Unit-Unit baru diwujudkan sejajar dengan penambahan bilangan kakitangan, mengambilalih sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengujudan Masjid-Masjid Daerah.


2.2 Visi dan Misi.


Visi Jabatan Agama Islam Pahang. ( JAIP) ialah untuk menjadi sebuah institusi pengurusan hal ehwal agama islam yang terunggul demi kesejahteraaan ummah menjelang 2016. Misi JAIP ialah melahirkan ummah yang bertaqwa melalui pengurusan yang berkualiti, berlandaskan al-quran dan sunnah. Motto JAIP adalah “Hidup Bertaqwa”.


2.3 Objektif dan Fungsi


Jabatan Agama Islam Pahang. ( JAIP) telah menetapkan beberapa objektif bagi melaksanakan syariat Islamiah di Negeri Pahang. Antara objektif JAIP adalah seperti berikut:-

i. Memartabatkan syariat dan syiar Islam berteraskan aqidah Ahli Sunnah Wa-Jamaah.

ii. Melahirkan generasi yang menguasai ilmu pengetahuan yang sesuai dengan keperluan semasa.

iii. Menjadi pusat rujukan dan penyebaran maklumat hal ehwal Islam.

iv. Membudayakan konsep amar makruf, nahi mungkar serta prihatin terhadap halal atau haram

v. Memperkukuhkan institusi keluarga bagi melahirkan masyarakat yang berwawasan untuk kejayaan dunia dan akhirat.

vi. Memelihara masjid sebagai pusat pembangunan ummah.

vii. Melahirkan satu pengurusan yang lebih efektif, efisyen dan produktif.

Selain daripada objektif Jabatan Agama Islam Pahang juga telah menetapkan beberapa fungsi utama mereka dalam usaha melahirkan ummah yang berima. Antaranya adalah seperti berikut:-

i. Menjunjung titah perintah KYDM Sultan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

ii. Menguatkuasa dan melaksana undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran Agama Islam.

iii. Merancang dan memantau projek-projek pembangunan fizikal institusi keagamaan.

iv. Melaksanakan kurikulum pendidikan agama Islam negeri dan kebangsaan secara bersepadu.

v. Melaksanakan aktiviti penyebaran dan penghayatan agama Islam kepada semua golongan masayarakat negeri Pahang.

vi. Menguruskan hal ehwal perkahwinan melalui Pejabat Agama Islam Daerah.

vii. Merancang dan melaksanakan sambutan hari kebesaran Islam dan adat istiadat di peringkat daerah dan negeri.

viii. Memelihara dan mengawal kesucian akidah umat Islam daripada unsur-unsur penyelewengan..

ix. Menerima dan memberi maklumbalas terhadap aduan, pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan.


2.4 Bahagian JAIP.

Mulai tahun2007 Jabatan Agama Islam Pahang mempunyai lapan bahagian yang mana setiap bahagian mempunyai bidang tugas yang tertentu. Setiap tugas dilakukan dengan teliti, teratur dan telus. Bidang tugas yang dilakukan setiap bahagian meliputi pendakwaan, pendidikan, perkahwinan, penugatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Kesemua bahagian ini amat penting dalam membina pembangunan ummah masa kini. Secara ringasnya lapan bahagian tersebut ialah:

i. Bahagian Khidmat Pengurusan

ii. Bahagian Dakwah

iii. Bahagian Pembangunan Keluarga Islam,

iv. Bahagian Pendidikan

v. Bahagian Peyelidikan

vi. Bahagian Penguatkuasaan

vii. Bahagian Pendakwaan

viii. Bahagian Pengurusan Masjid

Bahagian Dakwah merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan dengan Saudara Baru di JAIP. Melalui Bahagian Dakwah di bawah Unit Ukhwah, aktiviti-aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli telah dirancang dan dilaksanakan.( Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:59)


3.0 BAHAGIAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG


3.1 Latar Belakang Bahagian Dakwah JAIP


Bahagian Dakwah merupakan salah satu bahagian yang amat penting dalam usaha penyebaran Islam di negeri Pahang. Tanpa bahagian ini, agama Islam akan kurang bersinar dan mantap di negeri Pahang. Kesan dapat diliihat melalui statistik pengislaman yang semakin meningkat setiap tahun. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah iaitu Tuan Haji Md. Faazi Bin Ismaon. Terdapat empat orang Penolong Pengarah Bahagian Dakwah yang membantu beliau menjalankan pentadbiran yang cekap dan efisyen.

Bahagian Dakwah di bawah Unit Ukhwah merupakan bahagian yang menyampaikan dakwah serta penerangan agama kepada setiap orang Islam dan bukan Islam. Keseluruhan perancangan dan fungsi dakwah hendaklah menepati aspirasi keperluan kerajaan, rakyat dan kehendak ajaran Islam itu sendiri.

Bahagian Dakwah JAIP mempunyai misi yang tertentu iaitu melahirkan dan membentuk umat Islam yang berwawasan serta cemerlang tanpa mengira bangsa dan warna kulit seterusnya berdaya saing dengan matlamat mencapai keredhaan Allah dan kesejahteraan ummah.

Bahgian Dakwah mempunyai objektif yang tertentu bagi memantapkan lagi gerakan dakwah di Negeri Pahang. Antaranya memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat, merealisasikan khidmat masyarakat dan dakwah Islamiah serta hal ehwal kebajikan dan menyemarakkan program hari-hari kebesaran Islam/ keagamaan /adat istiadat.


3.2 Unit-Unit Bahagian Dawah JAIP.


Menurut Ustaz Mohd. Rasmawi Bin Haron, Penolong Pengarah Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah JAIP mempunyai lima unit. Setiap unit itu mempunyai fungsi yang berbeza. Secara ringkasnya lima buah unit tersebut ialah :

i. Unit Keurusetiaan

Unit ini diketuai oleh Ustazah Naimah Fairus Binti Mohamad Jelani. Fungsi unit ini ialah melaksanakan semua acara keagamaan seperti sambutanMaal Hijrah, Maulidur Rasul, Majlis Tilawah Al—Quran, Majlis Tahlil, Majlis Menghafaz Al-Quran, Majlis seminar –seminar Islam Hadhari serta urusetia jawatankuasa dakwah Islamiah negeri.

ii. Unit Dakwah dan Tarbiah.

Unit ini di ketuai oleh Ustaz Badli Shah Bin Alauddin. Fungsi unit ini ialah menganjurkan program kursus dan latihan kepada para pendakwah atau mubaligh, pemimpin, penggerak agama dalam bidang dakwah dan pengurusan dakwah.

iii. Unit Ukhwah

Unit ini diketuai oleh oleh Ustaz Mohd. Rasmawi Bin Haron. Fungsi unit ini ialah menjalankan tugas-tugas dakwah kepada non muslim, saudara baru dan melaksanakan dakwah khas kepada wanita.

iv. Unit Pentadbiran.

Unit ini berfungsi untuk mengurus belanjawan, pengagihan , peruntukan bayaran, urursan pembayaran bil-bil, urusan peralatan pejabat dan merekod.

v. Unit Penerbitan dan Multimedia

Ustaz Ubaidillah Bin Dato’ Abdul Mutalib mengetuai unit ini. Fungsi unit ini ialah penerbitan buku-buku, risalah, bulletin, pengendalian laman web i Dakwah, penyelaras siaran keagamaan di radio atau lain-lain terbitan ICT.

Unit Ukhwah merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan dengan “Saudara Baru” di Pahang.


4.0 PROSEDUR PENGISLAMAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG


Kaedah bagi seseorang yang ingin memeluk Islam di Negeri Pahang adaalah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam No 3, Bahagian VII tahun 1991 (Pemelukan Agama Islam). Seksyen-seksyen berkaitan terhadap kaedah ini juga meliputi Seksyen 100 sehingga Seksyen 111 pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Pahang. (http://www2.esyariah.gov.my/esyariah)

Namun bagi yang ingin memeluk agama Islam perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resan Pahang. Antaranya pemohon tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas dan ingin memeluk Islam. Bagi pemohon yang di bawah umur dan ingin memeluk agama Islam perlulah terlebih dahulu mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga(Anuar Putih, 16.10.2010: Kuliah PBJJ)

Sebelum seseorang pemohon dusyahadahkan, pemohon tersebut perlu menyediakan beberapa dokumen bagi memudahkan proses sijil dan kad pengislaman. Seorang pemohon akan mengisi borang yang disediakan oleh MAIP. Gambar pemohon perlu disediakan sebanyak empat keping gambar berukuran passport. Gambar tersebut perlu menutup aurat dan berpakaian sopan. Selain itu pemohon perlu menyediakan surat perakuan sumpah. Setelah dokumen itu lengkap diisi, pemohon akan didaftar dalam buku daftar dan kemudian dikeluarkan sijil pengesahan Islam kepada seorang pemeluk agama Islam(muallaf). (http://www.islam.gov.my/portal/)


5.0 PROGRAM UNIT UKHWAH , BAHAGIAN DAKWAH, JAIP.


Melalui Bahagian Dakwah dibawah Unit Ukhwah pelbagai program dakwah telah dirancang dan dilaksanakan yang mana ia dapat memantapkan lagi akidah umat Islam khususnya masyaarakat Orang Asli di Pahang. Ini adalah kerana statistik menunjukkan bahawa jumlah pemelukan Islam yang paling ramai adalah dari masyarakat Orang Asli seluruh Pahang. Kebanyakan program Unit Ukhwah dijalankan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan badan-badan kerajaan atau swasta.

Untuk melakukan dakwah secara terancang pihak jabatan telah memperkenalkan satu program bagi semua aktiviti dakwah di Negeri Pahang. Program ini dirancang dibawah perancangan lima tahun Jabatan Agama Islam Pahang yang bermula pada tahun 2001-2005. Program ini dinamakan Dakwah Perdana Darul Makmur (DPM)(Jabatan Aagama Islam T.th 1-2 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:59)

Untuk menjayakan aktiviti-aktiviti program JAIP, ditubuhkan dua pasukan petugas yang diberi nama kumpulan Cahaya daan Gemilang. Kumpulan Cahaya menjadi penggerak dalam melaksanakan dakwah. Dimana kumpulan ini merupakan kumpulan yang pertama akan memasuki perkampungan Orang Asli. Kumpulan Gemilang merupakan kumpulan kedua yang membuat tindakan susulan terhadap masyarakat Orang Asli yang telah di dakwahkan oleh kumpulan Cahaya. Mereka merupakan orang yang berlainan dari kumpulan Pertama. Tugas kumpulan ini adalah untuk mengajak mereka memeluk Islam serta mengucap dua kalimah syahadah.

Sehubungan dengan program DPDM ini pelbagai aktiviti dan program telah di atur kepada masyarakat Orang Asli. Program ini di laksanakan kerana dakwah kepada orang Asli tidak dijalankan secara teratur dan terdapat usaha dari agama lain seperti Kristian yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkristiankan mereka. Oleh itu program ini dirancang untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut : (Jabatan Agama Islam Pahang T.th: 7, Mohd Ghazali b. Abd. Aziz 2004 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:60)

Membina hubungan mesra di antara Orang Asli dengan pemimpin serta petugas-petugas dakwah dengan memperkenalkan ajaran Islam secara dakwah bil hal.

  1. Memperkenalkan ajaran Islam secara lebih berkesan dan menyeru Orang Asli supaya memeluk Islam
  2. Kea rah mewujudkan perkampungan Orang Asli yang pada keseluruhannya beragama Islam.
  3. Membendung dakyah dan hasutan yang memecah belahkan masyarakat Orang asli seperti gerakan mengkristiankan masyarakat Orang Asli.

Menurut Ustaz Mohd. Rasmawi Bin Harun anatara perancangam program Unit Ukhwah dari tahun 2010 hingga 2015 ialah

i. Program Ziarah dan Ramah Mesra

ii. Program Pemantapan Aqidah Saudara Baru

iii. Program Penghayatan dan Kefahaman Islam Saudara Baru

iv. Program Dakwah Bil-Hal Fasa II

v. Program Penghayatan & Kefahaman Islam Orang Kurang Upaya (OKU) dan Wanita.

vi. Menubuhkan Pusat Aktiviti Saudara Baru ”Baitul Ukhwah

vii. Membina Laman Web e-Ukhuwah

Dengan adanya perancangan seperti di atas akan dapat memantapkan akidah umat ummah. Program Unit Ukhwah ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu program di peringkat Negeri, program yang berbentuk teras, program sokongan dan program bersama agensi lagi

Sepanjang tahun 2010 banyak aktiviti dakwah telah dijalankan oleh Unit Ukhwah. Antara program yang di laksanakan oleh Unit Ukhwah di peringkat Negeri ialah Program Kembara Ukhwah Saudara Kita Peringkat Negeri Pahang. Manakala aktiviti berbentuk teras adalah program yang dirancang oleh Unit Ukhwah sendiri seperti Kelas Bimbingan Agama, Program Penghayatan Islam Saudara Baru, Program Ramah Mesra, Program Ziarah dan Pemantapan Aqidah dan Prograam Ihya’ Ramadhan. Program ini di adakan di negeri Pahang bagi memantapkan akidah dan akhlak saudara baru. Dengan program-program seperti di atas saudara baru di Pahang akan dapat memahami dengan lebih mudah agama Islam kerana sebarang masalah atau persoalan yang di hadapi oleh saudara baru boleh terus berhubung dengan pegawai di Jabatan Agama Islam Pahang.

Program di peringkat sokongan pula merupakan program yang di rancang oleh pejabat JAIP Daerah, institusi awam dan swasta atau jawatankuasa masjid dan surau. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang (JHEO), Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Pahang(MACMA), dan PERKIM Negeri Pahang. Program ini melibatkan Program Perkahwinan Saudara Baru, Program Ziarah dan Ramah Mesra dan Program Festival Selawat Saudara Kita. Kemudian program yang dilaksanakan oleh Unit Ukhwah bersama agensi lain adalah Program Kembara Dakwah Bersama MAIWP ke KOA Paya Petai, Jerantut. Selain itu Program Jelajah Sahabat YADIM Satu Malaysia di KOA Arong, Pekan adalah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Pelbagai program dilaksanakan oleh Unit Ukhwah bagi memastikan syiar Islam terus berkembang mekar dalam masyarakat Islam di Pahang. Aktiviti yang dilakukan meliputi seluruh negeri Pahang. Ini kerana masyarakat Orang Asli yang tinggal di pendalaman seperti Cameron Highland, Rompin, Bentong dan sebagainya masih kurang mendalami ajaran agama Islam sepenuhnya. Maka dengan itu aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Ukhwah JAIP adalah salah satu cara untuk meningkatkan lagi pemahaman masyarakat Islam terutama yang baru memeluk Islam.

Kegiatan memperkembangkan agama Islam secara intensif oleh badan-badan dakwah yang terlibat di seluruh Pahang telah memberi cahaya baru bagi meluaskan pengetahuan agama di kalangan penganut-penganut Islam yang sebelum itu sesat dalam kegelapan kerana tidak ada satu badan yang dapat memperjuangkan nasib mereka sebelum ini. Justeru berlaku peningkatan jumalah masyarakat Orang Asli di Pahang tahun 2000 hingga 2010. iaitu seramai 3,865 orang.

Oleh yang demikian, JAIP perlu meningkatkan usaha bimbingan kepada saudara baru yang mana ia merangkumi perkara yang berkaitan akidah seperti rukun iman dan ilmu-ilmu fardu ain seperti sembahyang dan bersuci. Pemantapan akidah amat penting bagi seorang muslim kerana akidah yang mantap sahaja dapat menghalang unsur-unsur yang negatif seperti ajaran sesar, gejala murtad, maalah sosial, pengaruh luar dan sebagainya.

Maka pelbagai aktiviti telah disusun oleh Unit Ukhwah JAIP untuk membimbing saudara baru supaya menjadi Muslim yang sejati seperti Program Ziarah dan Ramah Mesra, Program Penghayatan Islam , Kelas Agama dan Kursus Dakwah

1. Program Ziarah dan Ramah Mesra

Pada peringkat awal, setiap dakwah yang akan dianjurkan oleh JAIP akan mengadakan program ramah mesra dengan sasaran. Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara pendakwah dengan penduduk tempatan serta menjelaskan kepada mereka tujuan program ini di jalankan. Majlis suaikenal ini penting dilaksanakan dan sebahagian besar acara yang dilaksanakan meliputi proses menjalinkan hubungan kemesraan antara penduduk tempatan dengan pendakwah. Antara aktiviti yang diadakan untuk merapatkan hubungan dengan penduduk ialah mengadakan aktiviti ziarah bagi menganalisis madu’ dari sudut cara hidup dan penerimaan mereka, mengadakan aktiviti khusus untuk kaum ibu, belia, pelajar dan kanak-kanak seperti Pertandingana Bolasepak Tertutup 9 Sepasukan Zon Pahang Timur ysng telah dijalankan pada 30hb Mei 2010 di Padaang Bola Sepak KIPSAS.(Laporaan Unit Ukhwah JAIP Januari – Oktober 2010).

Selain itu pada tahun ini Unit Ukhwah JAIP mengadakan Program Ramah Mesra Dakwah Orang Asli dan Saudara Baru di KOA Selingkong,Pekan dari 16 hingga 18 March 2010 .(Laporaan Unit Ukhwah JAIP Januari – Oktober 2010). Program ini disasarkan kepada penduduk kampung itu bagi tujuan untuk menerapkan nilai agama Islam dalam kehidupan penduduk kampung. Untuk memperlihatkan Islam agama yang mengutamakan kebersihan dan saling menitikberatkan kerjasama, aktiviti gotong royong telah di adakan di tiga perkampungan Orang Asli iaitu Program Ramah Mesra di KOA Selingkong,, Pekan, Program Ramah Mesra di KOA Sg. Bangkong dan Kg. Semantau dan Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli Paya Rekoh, Temerloh seramai 3,865 orang. dengan cara membersih kawasan kemudahan awam, membina jambatan, membina tempat isitirehat atau membaiki rumah penduduk yang daif. Aktiviti ini akan menjadi kenangan kepada penduduk dan juga pendakwah. Ini juga dianggap satu proses menjalin hubungan antara penduduk dan pendakwah .(Jabatan Agama Islam Pahang 2001:T.h dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:61)

Disamping itu, aktiviti kebajikan yang lain turut di adakan seperti pemeriksaan kesihatan, pamerah khidmat bomba, pameran keselamatan dan juga penyampaian bantuan kepada keluarga termiskin.( Mohd Ghazali b, Abd Aziz 2004 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:61)

2. Program Penghayatan Islam

Program Penghayatan Islam JAIP disusun dari bulan Ogos hingga Oktober. Antara program yang di jalankan ialah Program Ihya’ Ramadhan dan Program Penghayatan Islam Sempena Sambutan Aidilfitri. Jika diteliti daripada bahan-bahan bertulis yang diberikan oleh Ustazah Mastura kepada saya jelas kelihatan bahwa Program Ihya’ Ramadhan merupakan aktiviti paling popular dan kerap dijalankan. Aktiviti Program Ihya’ Ramadhan ini dijalankan sepanjang bulan Ramadhan di beberapa buah kampung Orang Asli seperti Ihya’ Ramadhan di KOA Sg. Koi, Kuantan Menurut Ustaz Fadil Pembantu Pengerak Masyarakat Orang Asli aktiviti yang dijalankan adalah pelbagai. Antaranya ialah memasak beramai-ramai sebelum berbuka puasa, solat jamaah, tazkirah dan solat tarawih. Selain itu Unit Ukhwah JAIP juga mengadakan soaljawab tentang puasa , solat dan sebagainya.

Program Penghayatan Islam Sempena Sambutan Aidiftiri juga di jalankan di KOA Sembayan, Rompin. Dengan adanya aktiviti ini masyarakat Orang Asli Islam dan bukan Islam dapat bersama-sama.meraikan Hari Raya Adidilfitri. Cara ini akan dapat merapatkan lagi silaturrahim dan secara tidak langsung boleh menarik minat mereka yang belum memeluk Islam untuk berbuat sedemikian(Jabatan Agama Islam Pahang 2001:T; Khabar Pahang 2006:16 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:61)

Disamping mengadakan aktiviti di atas untuk meningkatkan penghayatan Islam saudara baru JAIP turut memberi pendidikan Islam kepada masyarakat ini melalui ceramah agama bersempena hari –hari kebesaran dalam Islam seperti Maal Hijrah dan Israk Mikraj (Jabatan Agama Islam Pahang 2001:T; Khabar Pahang 2006:16 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:62)

3. Kelas Agama

Setelah sasaran memeluk agama Islam, JAIP telah menganjurkan kelas agama. Kelas agama merupakan program susulan setelah ada di kalangan masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam. Menurut Ustazah Mastura Binti Ismail yang bertindak selaku Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM) kelas agama bagi masyarakat Orang Asli biasanya di adakan di perkampungan Orang Asli seperti Kelas Bimbingan Orang Asli Sungai Gapoi Bentong atau di Pusat Latihan Dakwah Cameron Highland bagi muallaf Orang Asli. Memandangkan mereka masih baru dalam Islam, sudah tentu memerlukan tunjuk ajar dan pendidikan. Maka JAIP telah mengadakan kelas-kalas agama bagi menguatkan kefahaman dan pegangan mereka terhadap agama Islam. Diantara perkara yang di ajar ialah cara-cara mengangkat hadas kecil, hadas besar, cara-cara sembahyang dan amalan asas agama sebagai panduan kepada mereka. Risalah akan diberi kepada mereka yang mengikuti kelas agama oleh guru-guru mereka. Ia sebagai rujukan kepada mereka semasa belajar. (Jabatan Agama Islam Pahang 2003:3 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:62)

Bagi meningkatkan kuliti pembacaan Al-Quran, JAIP dengan kerjasama JHEO memberi kelas bimbingan Al-Quran kepada Orang Asli yang telah memeluk Islam. Langkah ini di ambil bagi melahirkan pendakwah di kalangan masyarakat ini yang boleh membantu mereka lebih memahami Islam melalui kefahaman daripada kitab suci Al-Quran. Sebagai inisiatif kearah tersebut, Majlis Tilawah Peringkat Negeri telah diadakan dengan melibatkan penyertaan di kalangan Orang Asli (Berita Harian , 14 Julai 2001:10 dalam Abdul Ghafar Don dan Ahmad Redzuwan Yunus, 2009:62)

4. Kurusu Dakwah

Selain dari kelas agama JAIP juga telah menganjurkan kurusus dakwah dan kursus peningkatan penghayatan Islam. Ia merupakan program program susulan kepada masyarakat Orang Asli yang telah memeluk islam. Biasanya program ini dibuat di peringkat daerah Negeri Pahang dengan mengumpulkan mereka secara besar-besaran. Masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam yang tinggal berselerak di setiap Negeri Pahang akan dipangggil untuk mengikuti program di suatu tempat yang khas. Tujuan program ini adalah untuk menyatukan mereka dan dapat kenal mengenali di antara satu saama lain dan meningkatkan kefahaman Islam dikalangan masyarakat Orang Asli. Antara program yang di adakan adalah seperti Program Pemantapan Aqidah Masyarakat Orang Asli Kg. Bot-bot, Chenor pada 7-8hb Julai 2010 dan Program Ziarah dan Pemantapan Aqidah di KOA Sg. Mas Kuantan pada 7-8 Ogos 2010.

Kurusus seperti ini perlu diteruskan dari masa ke semasa terutama mereka yang baru memeluk Islam kerana bimbingan dan pengajaran yang betul sahaja akan dapat membentuk akidah yang mantap. Saudara baru juga kebanyakan masih kurang mendalami dan memahami Islam. Justeru kurusus yang di adakan pasti dapat membantu mereka menimba ilmu pengetahuan tentang islam terutama dari segi akidah, akhlak, asas, fardu ain, fekah dan sebagainya.

5. Lain-lain Program.

Selain mempelajari ilmu di dalam kelas , pihak JAIP juga menganjurkan pelbagai aktiviti bersama masyarakat Orang Asli yang lain bagi mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Antara aktiviti yang di jalankan adalah Festival Selawat Saudara Baru Peringkat Negeri Pahang yang dilansungkan pada 24-25 March 2010. Aktivit lain yang boleh merapatkan ukhwah dikalangan saudara baru ialah majlis kenduri khawin seperti Program Perkahwinan Saudara Baru Orang Asli di KOA Sungai Ruai Hilir , Raub. Dengan adanya program ini saudara baru mengetahui serta memahami tentang budaya-budaya Islam dan juga dapat menguatakn ikatan ukhwah dianatara satu sama lain. Selain itu aktiviti lawatan muhibbah juga di lakasanakan iaitu Program Kembara Ukhwah Saudara Kita Peringkat Negeri Pahang yang bertujuan merapatkan ukhwah disamping membuka peluang dakwah dalam aspek pelancongan yang diselaraskan dengan Program Pelancongan masjid

6.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya program yang dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah JAIP melalui Unit Ukhwah kepada masyarakat Orang Asli adalah sumbangan yang berharga di Negeri Pahang. Ini adalah kerana dakwah bil hal yang di praktikkan dalam program DPDM ini adalah bersifat applicabale dan boleh diterima oleh masyarakat Orang Asli. Ini amat bersesuaian dengan firman Allah dalam surah An Nahlu ayat 25 .

Justeru program yang dianjurkan oleh JAIP wajar di pertingkatkan lagi bagi menambahkan lagi pengetahuan saudara baru tentang Islam. Penglibatan kerajaan negeri dalam usaha dakwah masyarakat Orang Asli juga telah menaikkan semangat pihak JAIP untuk mempergiatkan lagi program dakwah. Pemberian dana sebanyak RM5.3 juta oleh Kerajaan Pahang untuk menjayakan program Pembangunan Tamadun Orang Asli (Pertama) bagi melahirkan pendakwah di kalangan anak- anak masyarakat itu. amatlah besar ertinya kepada JAIP yang kekurangan tenaga pendakwah dari masyarakat Orang Asli itu sendiri.( http://umno-online.com/)

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sejak program itu dilancarkan pada 1998 dengan kerjasama Yayasan Pahang (YP), ia berjaya melahirkan lebih 400 pendakwah yang terdiri daripada anak-anak Orang Asli. .( http://umno-online.com/) Ini adalah sesuatu yang menakjubkan kerana jika pendakwah masyarakat Orang Asli adalah dari kaum mereka maka tugas berdakwah menjadi lebih mudah kerana mereka menguasai bahasa dan sekaligus memahami budaya hidup masyarakat Orang Asli. Katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan perkembangan dakwah Islamiah kepada masyarakat Orang Asli tetapi pada masa sama mereka diberikan kebebasan memilih agama yang mereka sukai.

Usaha-usaha dakwah terhadap masyarakat non -Muslim adalah satu urusan yang mulia. Dakwah terhadap masyarakat Orang Asli adalah termasuk dalam urusan yang mulia ini. Secara umumnya masyarakat Orang asli bersikap terbuka terhadap Islam walaupun dikalngan mereka masih tebal dengan animisme.


Ayah dan Ibu


Sembilan bulan aku dikandung dalam perutmu
Aku dihujani dengan rezeki yang merempah luah
Aku dimarah kerana kasih sayang
Aku dihukum kerana kasih sayang
Aku dipeluk kerana kasih sayang

Tidak pernah ku lihat kebencian
Yang ku lihat adalah doa kepada Tuhan
Yang ku lihat hanyalah senyuman
Tetapi aku tidak pernah menyedari

Senyumku pernah menjadi tangismu
Keputusanku pernah mengores hatimu.
Lagak sombongku pernah menjadi kedukaanmu
Kata-kataku pernah merobek perasaanmu
Tingkahlaku pernah menyayat hatimu

Adakah aku manusia tuli
Kau tak pernah kata begitu
Adakah aku manusia derhaka
Kau tak pernah kata begitu

Kerana kau adalah insan suci.
Yang ditakdir menjadi ibu dan ayahku
Ibu dan ayah maafkanlah segala dosaku

Ya Allah,
Pimpinlah aku agar menjadi anak yang solehah
Dengan menjadikan segala perngarbananmu bekalku
Nasihatmu pedomankku
Kasih sayangnya kegembiraanku.

Rabu, 16 Jun 2010

Pendekatan Psikologi Dakwah Terhadap Remaja



1.0 PENGENALAN

Golongan remaja adalah sebahagian dari kelompok yang terdapat didalam sesebuah masyarakat. Zaman remaja yang dikenali sebagai zaman ‘storm and stress’ amat sukar difahami oleh orang dewasa. Ketidakfahaman inilah sering timbul konflik antara golongan remaja dengan orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru.

Apabila timbul konflik antara ibu bapa, golongan remaja sering bertingkah laku yang bertentangan dengan kehendak ibu bapa dan orang dewasa kerana mereka menganggap orang dewasa tidak memahami jiwa mereka. Memahami emosi remaja pada hari ini satu keperluan kepada orang dewasa ketika mendidik golongan remaja. Begitu juga kepada pendakwah yang ingin membimbing dan menjalankan kegiatan dakwah untuk golongan ini, mereka terlebih dulu perlu memahami emosi remaja supaya seruan dakwah dilakukan bersesuaian degan jiwa golongan ini. Dengan itu, seruan dakwah memberi kesan mendalam kepada jiwa mereka.

Dalam melaksanakan usaha dakwah Islamiah pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan bagi menarik minat orang Islam dan mengubah tingkahlaku manusia ke arah kebaikan selaras dengan ajaran Islam. Pendekatan psikologi dakwah kepada remaja amat penting bagi memberi bimbingan supaya perkembangannya mengarah kepada positif.

Perkembangan sosial remaja pula amat diperolehi oleh rakan sebaya dan amat sensitif dengan pandangan masyarakat. Pendakwah dan kaunselor yang ingin memberi bimbingan kepada golongan remaja perlu memahami perkembangan psikologi remaja dan seterusnya menggunakan pendekatan psikologi yang meluas digunakan dalam sesi kaunseling.

Pada peringkat remaja, mereka sangat sensitif terhadap pandangan masyarakat dan ingin mendapat pengiktirafan dan pengakuan daripada masyarakat. Namun mereka mendapati nilai golongan remaja adalah berkaitan dengan nilai orang dewasa. Dengan itu, mereka tidak dapat memenuhi kemahuan kedua-dua pihak. Dalam membuat keputusan, pendirian memberi sumbangan mereka sering berubah. Pada satu ketika, mereka kelihatan sangat bergantung kepada orang dewasa untuk mendapat perlindungan tetapi pada ketika lain pula mereka memperlihatkan kebebasan. Tuntutan kebebasan terus berlaku pada peringkat ini. Ada remaja memberontak dan melawan. Ada pula yang bersifat kasar, melawan ibu bapa dan menentang pihak yang berkuasa.

Sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa dalam perkembangan sosial remaja, kumpulan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis interaksi atau pergaulan. Pembentukan konsep kendiri juga amat dipengaruhi oleh rakan sebaya. Sekiranya remaja diterima oleh rakan sebaya, dia merasa lebih berkeyakinan dan ini akan membantunya membentuk konsep kendiri yang positif.

2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI PENDEKATAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pendekatan ialah perihal atau perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah atau kaedah, cara-cara, langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas bagi mengatasi masalah.

2.2 DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek Purba, iaitu daripada perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’ (Mahmood Nazar, 2001:4; Asmawati Desa, 2004:1). Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang dimaksudkan oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisma. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Menurut Kamus Dewan psikologi ialah ilmu yang mengkaji jiwa dan fikiran manusia, atau secara ringkasnya ilmu jiwa (Iskandar, 1986:907 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1). Perkataan psikologi atau dalam bahasa Inggeris psychology berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bererti jiwa dan roh, dan logy yang bererti sains (Hepner, 1973:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1). Dengan itu, psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia. Oleh kerana kerohanian dan jiwa di luar pencapaian sains, psikologi selalunya merujuk kepaad kajian tentang tingkh laku (Shaver and Tarpy, 1993:3 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1).

Psikologi pada hari ini ditakrifkan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental (Davidoff, 1980:2 dalam Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek dan Othman Hj. Talib, 2006:19). Dengan itu, trend masa kini dalam pengertian psikologi ialah kajian secara saintifik terhadap tingkah laku. Ia adalah sains tingkah laku manusia dan haiwan (Morgan King Robinson, 1979:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:2). Pengertian yang sama dikemukakan oleh Thompson dan DeBold yang menjelaskan bahawa hari ini psikologi selalunya didefinisikan sebagai sains tingkah laku manusia dan haiwan ( Thompson and DeBold, 1971:4 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:2).

Dari pengertian-pengertian tersebut dapat difahami bahawa psikologi mengandungi disiplin ilmiah yang tinggi untuk memahami tingkah laku manusia bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan manusia.
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini. Antaranya ialah:

• “ The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour, or the influences of a particular person’s character on their behaviour”.
1) Cambridge International Dictionary of English, p.383)

• Henry L. Roediger dan rakan (1984) mendefinisikan psikologi seperti berikut
“ psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”.

• Kalat (1999), mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman. Williams (1960), pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

• Wittaker (1970), di dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan psikologi ialah sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.
Dengan itu, tren masa kini psikologi ialah satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

2.3 DEFINISI DAKWAH
Perkataan dakwah ditinjau dari sudut bahasa berasal daripada perkataan Arab دعا- يدعو- دعوة)) yang membawa erti “seruan”, “panggilan” atau “ajakan”. Kata dasar dakwah dalam penggunaan bahasa Arab menurut Munjid al-Tullab (hlm.200) boleh diterima pakai untuk 17 makna yang berlainan. (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).

Dakwah bererti mengajak seperti mengajak makan atau meminta untuk bekerjasama dalam suatu hal. Terdapat sebanyak 198 kali perkataan “dakwah” dalam Al-Quran, dalam 55 surah dan dalam 176 ayat. Ayat-ayat tersebut sebahagian besar (sebanyak 141 ayat )turun di Mekah, 30 ayat turun di Madinah dan 5 ayat lagi terdapat perbezaan pendapat antara turun di Mekah dan Madinah (Muhammad Sulthon, 2003: 9 dalam Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9). Hasil penyelidikan terhadap ayat-ayat Al-Quran tentang dakwah dalam Al-Quran, maksud dakwah itu sangatlah luas daripada yang biasa difahami masyarakat (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).

Dalam ilmu dakwah, istilah dakwah itu sangatlah luas, istilah dakwah biasanya dipakai untuk menunjukkan proses dakwah yang berpihak kepada ajaran Islam, namun dalam Al-Quran istilah dakwah digunakan untuk pengertian yang luas (Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:9).
Menurut (Kamus Dewan hlm. 244-245 dalam Sulaiman Ibrahim & Fariza Md Sham, 2008:10) ada diberi penjelasan bagi perkataan dakwah sebegai kegiatan menyeru dan membimbing (mendidik) serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama (laziamnya dimaksdukan agama Islam. Selain itu dakwah juga definasikan sebagai patuh kepada ajaran Islam dengan lebih sempurna(sebagaimana yang kelihatan pada tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian dan lain-lain) dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah dakwah.
Menurut A. Hasjmy dalam Ab Aziz Mohd Zin et al, 2006:39 menegaskan dakwah ialah satu kurikulum yang lengkap, juga satu kegiatan ajakan, baik dalam bentuk lisan, tulisan, mahupun tingkah laku, yang dilakukan secara sedang dan terencana dalam usaha untuk mempengaruhi orang lain.

Dr Yusuf al-Qaradhawi memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, pemohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan sahaja daripada Allah (طاغوت) yang terpaksa dipatuhi memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan berjihad ke jalan-Nya.

Adam Abdullah al-Aluri menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.

Dr Rauf Syalabi menerangkan dakwah Islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada keadaan kufur kepada keadaan beriman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang di dunia dan di akhirat.


2.4 DEFINISI REMAJA
Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" (Rogers, 1981 dalam http//shureyahz.blogspot.com). Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.

Menurut Kamus Dewan Ketiga dalam http//shureyahz.blogspot.com, remaja didefinisikan sebagai golongan yang berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 18 tahun atau lingkungan awal belasan tahun sehingga peringkat pertengahan 20an.

Menurut Dollah Mohamed (2006:180), dalam menentukan had umur sebagai remaja, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sains sosial. Ada yang mengatakan alam remaja mengatakan alam remaja adalah antara 10-18 tahun atau 13-15 tahun. Dari sudut Islam kanak-kanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz, iaitu berumur 7 tahun. Pada ketika ini, ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh mereka wajib melaksanakan segala kewajipan agama dan menjauhkan larangan-Nya. Umur baligh dicapai ketika berumur 15 tahun atau sudah berumur keluar mani bagi kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan pulak setelah keluar haid dalam tempoh umur antara 9 -15 tahun.

Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.

Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

3.0 PENDEKATAN PSIKOLOGI DAKWAH
Zaman remaja digambarkan sebagai zaman yang penuh dengan tekanan dan kecelaruan emosi akibat pelbagai perubahan pada diri, mental dan nilai konflik. Oleh kerana zaman remaja merupakan zaman yang kompleks maka remaja amat memerlukan pendekatan dakwah yang berhikmah dalam proses member bimbingan kepada mereka. Amat serasi sekiranya pendekatan psikologi dakwah digunakan terhadap golongan ini kerana pendekatan psikologi dakwah menumpu terus kepada pemulihan jiwa dan rohani remaja. Antara pendekatan psikologi dakwah yang boleh digunakan ialah ‘pendekatan emosi,’ ‘pendekatan minda’, ‘pendekatan motivasi’, ‘pendekatan bimbingan dan kaunseling, ‘pendekatan penasihatan’ dan ‘pendekatan melalui status’ (al-Bayuni, 199: 207 dalam Fariza Md Sham:2006:69).

3.1 PENDEKATAN EMOSI
Emosi adalah sesuatu yang kompleks dalam diri manusia. Ia membabitkan tindak balas tubuh badan seperti pernafasan, denyutan dan lain-lain. Dalam Kamus Psikologi iaitu Mu’jam Ilm al-Nafs, mentakrifkan emosi sebagai infi’al iaitu keadaan dalaman yang menunjukkan pengalaman dan perbuatan dizahirkan dalam suatu peristiwa yang berlaku seperti perasaan takut, marah, kecewa, gembira, suka dan duka. Dalam Encyclopedia of Social Psychology () pula, mentakrifkan emosi sebagai hasil tindak balas kepada sesuatu kejadian atau peristiwa termasuk tindak balas psikologikal, tindak balas tingkah laku, tindak balas kognitif dan perasaan dialami sama ada menggembirakan atau tidak.

Emosi juga merupakan rasa batin yang terdapat pada seseorang seperti perasaan suka, duka, gelisah, takut dan cemas yang boleh memberi kesan kepada anggota dan alat-alat dalam badan manusia. Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh golongan remaja sering melibatkan perasaan, maka pendekatan emosi sewajarnya digunakan. (Fariza Md Sham:2006:69).

Pendekatan emosi ialah usaha dakwah yang menjurus kepada hati bagi menggerakkan perasaan. Pendekatan ini boleh dilakukan melalui nasihat yang baik yang boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi remaja. Misalnya, memberi penjelasan tentang nikmat Allah yang diberikan kepada mereka yang wajar dipergunakan untuk jalan kebaikan dan wajib disyukuri dengan cara mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Menyatakan tentang janji baik Allah kepada mereka yang menurut perintah-Nya dan kengerian azab seksa Allah bagi mereka yang melanggar perintah-Nya. Kisah teladan yang mampu menyentuh hati dan perasaan golongan ini juga boleh disebarkan. (Fariza Md Sham:2006:70).

Pendekatan emosi juga boleh dilakukan dalam bentuk pernyataan simpati dan belas kasihan terhadap situasi yang mereka hadapi. Ini boleh dilakukan dalam bentuk memujuk, memberikan perhatian, menyatakan rasa kasih sayang dan menuturkan kata-kata yang lemah lembut(Fariza Md Sham:2006:70). Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159.

Maksudnya:
Maka dengan limpah rahmat Allah kamu (Muhammad) melayani mereka dengan lemah lembut. Seandainya kamu bersikap kasar dan keras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri daripada kalangan kamu.
(Surah ali-Imran : 159)

3.1.1 EMOSI-EMOSI UTAMA YANG DIGUNAKAN OLEH PENDAKWAH
Terdapat pelbagai emosi di dalam diri manusia sama ada yang positif ataupun yang negatif. Antara emosi manusia ialah marah, ngeri, takut, gembira, sengsara, cemburu, malu, jijik, sedih, kehiburan, riang dan lain-lain lagi. (Young,1966:352-353 dalam Ab. Aziz Mohd Zin,1999:144)

1. Takut
Takut merupakan satu perasaan yang ada pada diri manusia. Manusia akan merasa takut ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang membahayakan dan merosakkannya.
Allah s.w.t. membuat pengakuan tentang adanya perasaan takut dalam diri manusia(Ab. Aziz Mohd Zin,1999:144-145). Antara penjelasan Allah s.w.t dalam hal ini ialah seperti firman-Nya dalam surah al-Sajdah ayat 16:

Maksudnya:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka.
(Surah as-Sajadah: 16)

Daripada ayat tersebut dapat dilihat bahawa perasaan takut yang ada pada manusia itu telah digunakan oleh syaitan untuk mengancam umat Islam dengan berbagai-bagai cara, supaya umat Islam takut kepada orang kafir. Namun, Allah s.w.t. mengingatkan bahawa perasaan itu hendaklah digunakan pada tempat yang betul, iaitu dengan takutkan Allah s.w.t. tanpa melakukan benda-benda lain dan digunakan terhadap matlamat Allah s.w.t. sahaja. Ini bererti bahawa syaitan menggunakan emosi ini untuk mempengaruhi manusia kepada kepentingannya(Ab. Aziz Mohd Zin,1999:1446).
Firman-Nya dalam surah Al-Zumar ayat 16:

Maksudnya:
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; Dengan (azab) Yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu Wahai hamba-hambaKu!"
(Surah al-Zumar :16)

Keterangan-keterangan yang telah dijelaskan menunjukan bahawa perasaan takut yang ada pada manusia digunakan oleh dakwah untuk mempengaruhi mereka supaya memahami dan melaksanakan arahan-arahan yang dikemukan bagi menyelamatkan diri mereka

2. Marah
Marah adalah satu perasaan yang tertanam pada seseorang sejak kecil sampailah mati. Ia berguna untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, negara yang diredhai dan lain-lain yang perlu dipertahankan. Namun, marah juga boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain kerana ketika perasaaan ini datang, ramai orang hilang pertimbangan. ( Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:149)
Firman Allah s.w.t. dalam kitab-Nya yang mulia iaitu dalam surah Al-Fatihah ayat 7:

: Maksudnya
Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
(Surah al-Fatihah :7:)

Antara firman Allah s.w.t. yang lain pula ialah dalam surah Taha ayat 81:

Maksudnya:
Serta Kami Katakan: makanlah dari benda-benda Yang baik Yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana Dengan Yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa Yang ditimpa kemurkaanKu, maka Sesungguhnya binasalah ia.
(Surah Taha: 20)

Ayat-ayat di atas yang mengarahkan umat Islam supaya tidak marah diperkukuhkan lagi dengan hadith-hadith Nabi s.a.w. Antaranya ialah:-

Maksudnya:
Seorang lelaki meminta Nabi s.a.w. memberi suatu wasiat (nasihat), maka Nabi s.a.w. pun berpesan kepadanya dengan dengan katanya: Jangan kamu marah. Nabi s.a.w. mengulangkannya beberapa kali dengan katanya: Jangan kamu marah.

Sabdanya lagi:
Maksudnya:
Orang yang kuat itu bukanlah disebabkan menang dalam pertarungan, tetapi sesungguhnya orang yang kuat itu ialah yang dapat menguasai dirinya ketika marah.

Contoh yang disebutkan dapat menggambarkan tentang bagaimana dakwah menggunakan perasaan marah untuk memberikan arahan-arahannya sama ada menyuruh atau melarang, supaya sasaran dapat memahaminya dengan baik dan dapat mempengaruhinya.

3. Bimbang dan dukacita
Bimbang dan dukacita satu perasaan yang dialami oleh manusia ketika berhadapan dengan sesuatu yang tidak diingini dan merugikan. Ia boleh mengurangkan daya produktiviti manusia, Jika perasaan ini menguasai manusia ia perasaan yang merugikan. Perasaan dukacita dan bimbang diakui ketika wujudnya dalam jiwa manusia dalam al-Quran dan Hadith. Ketika diceritakan tentang manusia pada masa dahulu, al-Quran dan hadith sering menyelitkan tentang perkara ini. ( Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:156).
Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf ayat 86.

Maksud
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya Aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan Aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu)dari Allah, apa Yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah Yusuf :86)

Ayat ini menjelaskan perasaan seorang bapa, Yaakob a.s yang amat berdukacita atas kehilangan anaknya yang dikasihinya, Yusuf a.s dan menunggu-nunggu kepulangannya dengan sabar dan penuh harapan.
Dari sini dapat dilihat Allah dan RasulNya menggunakan emosi bimbang dan dukacita ketika menjelaskan sesuatu mesej dan arahan kepada manusia.

4. Sukacita dan gembira
Kegembiraan adalah nikmat namun tidak selamanya kegembiraan itu menguntungkan. Ia juga boleh merosakkan, jika tidak digunakan dengan baik. Dakwah telah menggambarkan kegembiraan yang dirasai oleh seseorang, sama ada sebagai suatu peringatan kerana ia merugikan dalam sudut jangka panjang atau menggambarkan kegembiraan yang sebenar yang perlu dikejar dengan persiapan-persiapan untuk mendapatkannya. (Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:161)
Kegembiraan yang merugikan diberi peringatan oleh Allah s.w.t. dengan firman-Nya dalam surah Al-Mu’min ayat 83.

Maksudnya:
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul Yang diutus kepada mereka Dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira Dengan pengetahuan Yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan Dengan Yang demikian mereka pun diliputi oleh azab Yang mereka ejek-ejek dahulu.
(Surah al-Mukminun: 83)

5. Kesukaan dan kasih sayang
Manusia dibekalkan perasaan suka dan kasih sayang sesama mereka yang berhubung kait dan bertepatan seperti kepada anak, ibu bapa, saudara mara, benda-benda yang dimiliki dan lain-lain. Dengan adanya perasaan kesukaan dan kasih sayang ini, maka yang berkenaan dengan perasaan tersebut terkawal dengan baik. Ini kerana manusia sukakan kepada perkara-perkara yang sempurna dan menyenangkan hati mereka(Ab. Aziz bin Mohd Zain,1999:161).
Al-Quran telah menyebut beberapa perkara yang disukai oleh manusia. Dalam firman-Nya dari surah Ali-‘Imran ayat 14.

Maksudnya:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah ali-Imran : 14)

Dalil yang dikemukan dapat disimpulkan bahawa emosi kasih sayang yang wujud dalam diri manusia hendaklah disalurkan pada tempat-tempat sesuai dan selayaknya. Jika tidak ia akan membawa kepada penyelewengan dan kerosakan.

Dakwah hari ini hendaklah bijak bermain-main dengan emosi sasarannya utuk meraih keberkesanan. Oleh itu, isu-isu untuk membangkitkan emosi sasaran seperti yang dikemukan perlu ditonjolkan dengan jelasnya oleh dakwah hari ini bersama dengan mesej dan arahan dakwah yang hendak disampaikan kepada sasaran.


3.2 PENDEKATAN MINDA
Jika ditinjau dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menunjukkan makana pemikiran dan buktinya bagi merangkumi perkara yang berkaitan dengan proses pemikiran seperti pengamatan, pemerhatian, pemahaman dan kelebihan akal yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Oleh itu, pendekatan minda yang menjurus kepada minda dan mendorong kepada pemikiran, pemerhatian dan pengambilan iktibar amat sesuai digunakan dalam proses bimbingan keran manusia memang mempunyai potensi untuk berubah untuk berubah kepada kebaikan dengan anugerah akalnya. (Fariza Md Sham:2006:70)

Pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan berdebat dan berbincang secara teratur dan ikhlas bagi mencari kebenaran dan memahami persoalan yang dipertikaikan. Kisah dan sejarah umat silam yang terdapat dalam al-Quran boleh juga dipaparkan agar dapat menyuburkan minda yang rasional dan menjadi iktibar(Fariza Md Sham:2006:70).
Contohnya kisah kaum Nabi Lut, kaum Nabi Nuh dan kejadian terbaru yang berlaku pada hari ini. Firman Allah dalam KitabNya yang mulia dalam surah al-A’raf ayat 176.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
(Surah al-A’raf : 176)

Pendekatan minda boleh juga dilakukan dengan menggerakkan akal yang rasional dan membuat perbandingan, misalnya melalui analogi seperti kisah seorang pemuda yang meminta izin daripada Rasulluh s.a.w. untuk berzina lantas Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“ sukakah anda akan hal itu berlaku kepada ibumu? Jawab pemuda itu: Demi Allah aku tidak suka dan aku pasti menghalangnya maka sabda Nabi s.a.w. bgitu juga orang lain pun tidak akan membenarkan berlaku zina kepada ibu-ibu mereka”.

3.3 PENDEKATAN MOTIVASI
Psikologi dakwah mempunyai kekuatan pendekatan yang berteraskan kepada proses motivasi individu dan motivasi sosial (Ideris 1997:152 dalam Fariza Md Sham:2006:71). Proses motivasi dapat membina sakhsiah Islam melalui penenguhan tingkah laku untuk menghayati akidah tauhid, amalan syariat Islam dan akhlak mulia kerana motivasi menjurus kepada kesedaran dalam diri remaja itu sendiri.

Pendekatan motivasi amat sesuai digunakan dalam proses pendidikan sama ada di sekolah atau di rumah. Motivasi yang tinggi akan mendorong golongan remaja belajar dengan rajin. Ada beberapa cara bagaimana motivasi dapat ditanamkan oleh guru atau ibu bapa, iaitu dengan menbantu mereka memahami kaitan bahan pembelajaran dengan keperluan pembelajaran itu sendiri. Maksudnya, tiap-tiap bahan pembelajaran itu bukan sahaja penting untuk individu, tetapi juga berkaitan dengan fungsi individu pada masa akan datang dan sebagai persediaan bagi menjalani hidup dengan lebih berkesan (Fariza Md Sham et al. 1997:114 dalam Fariza Md Sham:2006:71).

Pendekatan motivasi boleh dilakukan dengan membantu remaja meningkatkan keyakinan diri dengan cara dorongan bukan paksaan. Contohnya, memberi perangsang supaya mereka melinatkan diri dalam aktiviti yang boleh meningkatkan penghargaan diri seperti bersukan, lukisan dan aktiviti kesenian yang tidak bercanggah dengan Islam. Di samping itu, motivasi boleh diberi dengan mempamerkan situasi pendidikan pembelajaran yang selesa, menarik dan menyeronokkan, sesuai dengan tahap perkembangan remaja. Galakan dan bimbingan dalam menentukan arah pembelajaran mereka sendiri mengikut kemampuan dan kecerdasan diri mereka juga boleh dilaksanakan. . (Fariza Md Sham:2006:71)

3.4 PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pendekatan bimbingan dan kauseling merupakan satul lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk berdakwah kepada remaja. Antara ciri-ciri pendekatan bimbingan dan kaunseling ialah

1. Empati Bukan Simpati
Empati dan simpati adalah 2 perasaan yang berbeza. Simpati tidak menjamin sesuatu tindakan itu lahir daripada kefahaman atas apa yang dirasai oleh orang yang diberi simpati itu dalam kaunseling. Empati adalah benar-benar memahami perasaan dalaman seseorang supaya kita dapat memberi tindak balas yang sewajarnya dalam usaha membantu orang lain.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

2. Ketulenan Bukan Kepura-Puraan.
Kaunselor mestilah menghindarkan diri daripada sikap berpura-pura atau bermuka-muka. Keikhlasan ini penting untuk membolehkan remaja menjadi kongruen Mereka mesti menunjukkan kebolehan.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

3. Belaian Bukan Kekerasan
Kaunselor perlu sentiasa melayan klien dengan lemah lembut. Kekerasan adalah sifat yang di larang dalam sesi kaunseling kerana ini akan melahirkan klien yang tidak kongruen lebih lagi remaja zaman sekarang.( Kamal Abdul Manaf 2000: 32-33)

4. Melatih Bukan Menghukum
Remaja adalah golongan yang berjiwa rapuh daan mudah terpengaruh. Kaedah melatih atau membimbing merupakan cara terbaik untuk mendidik seseorang. Ia meninggalkan kesan positif yang berpanjangan seperti lebih mengenali diri, dapat membuat keputusan, boleh berdikari dan mempunyai keyakinan diri.


3.5 PENDEKATAN PENASIHATAN
Terdapat banyak ayat yang menyeru manusia atau orang islam supaya ingat- mengingati (nasihat) di anatara satu sama lain. Antaranya ialah ayat 21 dari surah Al- Ghasiah yang bermaksud : Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanafaat.(Fariza Md Sham:2006:124).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menggesa kepada hambanya yang beriman agar sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada orang yang mempunyai masalah.
Melalui kaedah penasihatan ini remaja mungkin akan lebih mudah untuk menceritakan masalah yang mereka hadapi. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan tutur kata yang baik, lemah lembut dan sekaligus menggunakan kata ganti nama yang sesuai. Bagi menarik perhatian remaja untuk menceritakan masalah mereka kaunselor mungkin boleh menceritakan kisah teladan, menggunakan kata-kata hikmah semasa memberrikan nasihat. .(Fariza Md Sham:2006:125).

3.6 PENDEKATAN MELALUI STATUS
Keinginan seorang untuk sering hidup bersama orang lain dengan keadaan selamat, dihormati dan diakui menyebabkan manusia sukakan satu status yang terdapat keadaan-keadaan tersebut.(Hailgard 2975 : 139 dalam Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 212). Dengan itu manusia suka berada dan bergabung dalam kumpulan yang melambangkan tahap dan status tersebut.
Dakwah menggunakan beberapa status untuk menarikdan mempengaruhi sasarannya sama ada yang sudah menjadi pengikut atau yang sebelumnya. Status –status yang digunakan bahawa orang Islam itu ialah :

1. Golongan Yang Baik.
Dalam menyampaikan mesej atau arahan kepada sasaran dakwah kadangkala menamakan orang-orang yang menerima mesej tersebut sebagai golongan yang baik untuk menarik mereka. Contoh-contoh yang boleh dilihat adalah seperti firman Allah dalam surah al-Imran ayat 110.

Maksudnya
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Ayat tersebut memberi status yang tinggi kepada pengikut Nabi Muhammad s.a.w iaitu mereka adalah sebaik-baik umat, apbila mereka melaksanakan tugas yang mulia, iaitu membina dan memperbaiki manusia. Tugas tersebut merupakan tugas sebenar pengikut Nabi (s.a.w) yang melambang satu golongan yang memiliki status yang baik.(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 214)

2. Golongan Yang Kuat Dan Mulia
Selain daripada baik, orang Islam adalah orang yang kuat dan mulia. Kuat dan mulia adalah sifat asal orang Islam yang ditonjolkan oleh dakwah bagi menarik sasaran kepada seruannya. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 217). Firman Allah dalam surah al- Munafiqun ayat 8

Maksudnya:
mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Ayat diatas menjelaskan kedudukan orang Islam sebenarnya kuat dan mulia, tidak sebagaimana yang dituduh oleh orang –orang munafiq yang menyatakan le\mah dan hina. Allah memberi status yang tinggi kepada golongan yang beriman , untuk menarik mereka tetap berada dalam golongan ini.

3. Golongan Yang Adil
Umat Islam adalah satu golongan yang adil. Status ini boleh mendorong seseorang untuk menyertainya. Ayat di bawah menjelaskan kedudukan ini. Firman Allah dalam Surah al- Baqarah ayat 143

Maksudnya:
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Ayat tersebut menerangkan yang umat Islam itu sebagai sebagai umay yang adil dan terpilih. Status tersebut diberikan oleh orang –orang yang melaksanakan tanggungjawab yang mulia iaitu yang menyampaikan agama ini ke seluruh dunia. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 219)

4. Golongan Yang Bertanggungjawab
Orang islam merupakan satu golongan yang beertanggungjawab. Status ini dapat dilihat dalam beberapa ayat dan hadith. Contohnya, seperti firman Allah dalam Al Isra’ ayat 36

Maksudnya: dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Ayat tersebut menjelaskan sifat sebenar orang Islam, iaitu bertanggungjawab dengan apa yang didengar, dilihat dan disimpan dalam hati. Dengan itu golongan yang bertanggungjawab ini tidak akan mendengar,, melihat dan menyimpan di hati benda-benda yang buruk dan merosakkan. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 221)

5. Golongan Yang Beruntung Dan Bernasib Baik.
Orang Islam juga diberikan status golongan orang yang beruntung dan bernasib baik. Status ini diberikan kepada mereka yang dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Firman Allah dalam surah al Nahl ayat 30

30. dan ditanya pula kepada orang-orang Yang bertaqwa: "Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhan Yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang Yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan Yang baik, dan Sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang Yang bertaqwa.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang bertakwa itu adalah orang yang diberikan kebaikan , didunia ini dan juga terutamanya diakhirat nanti. Dengan itu, status orang bertakwa itu adalah status orang yang beruntung dan bernasib baik. .(Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 223)

6. Golongan Yang Selamat Sejahtera.
Orang Islam juga merupakan golongan yang selamat sejahtera, yang bererti mereka berada dalam selamat dan mereka juga menyelamatkan orang lain. Kehidupan yang selamat dan sejahtera sangat diperlukan oleh remaja kerana, ia menjadi asas yang penting bagi mereka dalam melayari kehidupan mereka yang penuh cabaran.
Ini dapat dilihat jelas dalam surat-surat yang dihantar oleh Nabi s.a.w kepada raja-raja dan ketua-ketua negara pada tahun ke-6 hijrah untuk menyeru mereka kepada Islam, kandungan penting dalam surat tersebut itu menyebut, ” Selamat sejahteralah bagi orang yang mengikut pertunjuk”. Disamping itu, kebanyakan surat menyebut, ” Ikutlah Islam, nanti kamu akan selamat ” ( al-Nadawi, 1977 : 233-255 dalam Ab. Aziz Mohd Zin 1999 : 225)
Keterangan-keteranga yang telah disebutkan menjelaskan bahawa pendekatan dakwah menggunakan status untuk menggalakkan remaja menerima mesej yang telah dikemukakan.

KESIMPULAN
Masyarakat harus mengetahui serba sedikit tentang ilmu psikologi perkembangan, khususnya perubahan dan perkembangan remaja. Pengetahuan ini dapat membantu mereka dalam mengarah remaja kepada perkembangan yang sihat untuk memberi keyakinan kepada kehidupan remaja pada masa akan hadapan. Setelah mengetahui tahap-tahap perkembangan dan perubahan remaja, maka proses memberi bimbingan dan nasihat harus menjurus kepada keperluan tahap tersebut agar lebih berkesan dan tidak bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri.
Mesej dan arahan dakwah yang terdapat dalamal-Quran dan Hadith dikemukakan dengan bermacam bentuk persembahan. Mesej dan arahan tersebut bertujuan untuk menarik perhatian, meransang, mendorong dan mempengaruhi sasaran kepada penerimaan mesej tersebut. Bentuk persembahan tergolong kepada bentuk psikologi. Di sini bolehlah disimpulkan bahawa al-Quran dan hadith penuh dengan unsur-unsur psikologi dan perlu dikaji secara mendalam untuk tujuan dakwah, Islam agama fitrah. Dengan itu, dakwah hendaklah dilakukan secara fitrah.

Pendekatan dakwah secara psikologi merupakan pendekatan fitrah. Pendakwah hendaklah berusaha memahami dan mendalami isu psikologi untuk digunakan dalam dakwah. Kaedah dakwah yang sesuai untuk tujuan keberkesanan menjadi satu pokok dalam dakwah. Setiap pendakwah harus peka dalam perkara ini dan psikologi konvesional yang dihasilkan daripada kajian yang jelas sangat berguna kepada dakwah, dan hendaklah dipelajari secara bersepadu.
Oleh itu, dalam psikologi dakwah, hati merupakan unsur yang perlu ditekankan atau diambil berat oleh para pendakwah kerana jasad manusia akan menjadi lebih baik sekiranya hati sasaran menerima ajakan dan kebenaran yang disampaikan.