Selama bertahun-tahun lamanya
Kau menghambakan hidupmu kepadaku
Tak dapat kau elakkan
Semuanya kerana tuntutan
Ibu
Kau kurnia terbesar Allah kepadaku
Kau umpama lilin yang membakar diri
Dan kau adalah nama lain dari kebaikan
Ibu
Kau mengandungkan ku sembilan bulan dan menderita
Kau memberiku makan dari darah dan susu
Kau terpaksa berjaga malam kerana memegangku
Ibu
Sejak awal kau ada untukku
Untuk membersihkan jari-jariku yang melekat
Untuk menyapu air mataku
Untuk memeluk dan mencium diriku
Ibu
Kau mengajar ku bagaimana berjalan dan berbicara
Kau menuntunku dan melindungiku
Kau mengasihiku dari awal sampai akhir
Ibu adalah ibu tidak ada yang dapat mengambil tempatnya
Selama bertahun-tahun lamanya
Kau menghambakan hidupmu kepadaku
Tak mampu ku balas segala jasamu
Hadirmu ibu
Membuatkan hidupku penuh dengan cahaya
Yang menyinari sepanjang jalur hidupku
Terima kasih ibu
Jasamu tetap ku kenang hingga......
Akhir hayatku......
Selamat Hari Ibu Untuk......
Bonda Hajjah Zauyah Binti M. Deraman dan Hajjah Ftimah Binti Mat
0 ulasan:
Catat Ulasan