Selamat datang para pengunjung blog umi cahayaku, semoga apa yg saya sajikan mampu memberikan pedoman kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah bahawa kita semua adalah pendakwah, kita tidak perlu bergelar 'ustaz' atau 'ustazah' untuk berdakwah.
Terima Kasih atas kunjungan anda

Isnin, 25 April 2011

Kisah Thalut dan Jalut

السلام عليكم ورحمة الله وبركته




Syukran pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin yang dikasihi. Saya akan bercerita kisah
Thalut daan Jalut.

Thalut seorang hamba yang miskin
Dikalangan orang Bani Israil
Dipilih Allah untuk memimpin
Kaum yang sombong seperti Bani Israil.

Ya kawan-kawan Allah menerima doa Sya’mun dan menyuruhnya memberitahuBani israil sperti firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 247 yang berbunyi


247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah Telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah Telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.



Perlantikan Tholut sebagai raja
Ditentang kaum Bani Israil
Lantaran hati dikuasai angkuh
Degilnya mereka
Bagai Sang Keldai
Pabila kuasa pemerintahan
Terlepas dari gengaman merreka
Hilanglah harapan
Musnahlah impian

Ya kawan-kawan kaum bani Israil tidak mahu menerima Tholut sebagai raja sambil berkata:

“ Mana mungkin Tahlot menjadi raja bagi kami sedangkan dikalangan kami adalah orang kaya dan bangsawan. Maka pilihlah raja di kalangan kami. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 247 yang bermaksud

247. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah Telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah Telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.




Perlantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat telah mencatatkan sejarah baru. Ini adalah kerana beliau adalah rakyat kulit hitam yang pertama di beri mandate untuk mentadbir kuasa utama dunia.

Mereka meminta bukti kenapa Taolut di pilih sebagai raja. Maka dengan izin Allah Kaum Jalut telah mendapat penyakit yang pelik dan mereka akhirnya mengambalikan peti yang mengandungi tongkat Nabi Musa, kitab Taurat , serban dan pakaian nNabi harun yang pernah menjadi milik Bani Israil pada masa dahulu sebagai bukti pengutusan

Tholut sebagai raja
Setelah Tholit menjadi raja
Bersiap sedia untuk berperang
Diuji terus pasukan tenteranya
Bagi mengenalpasti yang patuh dan engkar.

Allah berfirman dalam surah al baqarah ayat 249 yang bermaksud

249. Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, Maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia Telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang Telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari Ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Kawan-kawan Tholut berasa sangat dukacita kerana ramai tenteranya yang engkar akan arahannya. Mereka mengikut hawa nafsu merka dgan meminum lebih daripada apa yang diperintahkan kepada mereka. Sebilangan kecil shj yang layak utk terus bersama-sama Thalut. Jumlah merekatidak melebihi 350 orang.

Pada ,masa kini kita Pada hari ini kita diuji dengan kekurangan gula di pasaran. Ramai yang merungut dan menyalahkan kerajaan

Bila menyedari bilangan mereka sedikit, sebahagian tentera Thalut pun berkata, “Bilangan kita kecil sedangkan bilangan tentera Jalut ramai. Jalut pula seorang pemimpin yang mahir dalam peperangan. Sebahagian yang beriman tidak merasa takut kerana mereka akan bertemu dengan Tuhan selepas mereka mati nanti. Mereka yakin Allah akan memberi kemenangan dan kekuatan kepada orang yang bersabar seperti firman Allah dalam surah At Taubah ayat 51

Maksudnya : Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang Telah ditetapkan Allah untuk kami. dialah pelindung kami, dan Hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."



Kita lihat di orang Islam Palestin dibunuh dan tanah mereka dirampas. Mereka tetap berjuang kerana mereka yakin akan janji Allah.

-Jalut dengan angkuhnya telah memekik ,”Siapa yang akan bertarung dengan aku,
- Daud dengan beraninya telah melawan Jalut dengan melontar sebiji batu sambil berkata : “ Dengan nama Allah’.
- Batu itu terlontar ke mata Jalut.lalu Jalut rebah ke tanah. Dengan secepat kilat Daud meluru kearah Jalut dan terus mengambil pedang dan memotong kepada Jalut. Kepala Jalut dimasukkan ke dalam karung dan terus dibawa kepada Talut. Peperangan meletus antara kedua-dua bala tentera .
- Akhirnya mereka sangat takut apabila melihat Jalut terbunuh. Talut bersama orang-orangnya mengejar mereka dan ramai tentera Jalut terbunuh.


Surah al Baqarah .251.

Maksudnya : Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, Kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah[157] (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.


Maksudnya: Oleh sebab itu mereka dapat mengalahkan ten tera jalut denagn izin allah….. apa yang dikehendakinya.”

-Keberanian Daud inilah yang patut dicontohi oleh anak muda kita pada hari ini. Bukannya berani mempertaruhkan nyawa utk merempit dan lumba haram.

Pengajaran dari cerita yang saya sampaikan ialah
1. Janganlah menghina sesama manusia.
2. Jangan pandang pada pangkat dan harta
3. Memperbanyakkan doa dan munajat sebagai lambang pergantungan yang tinggi
kepada Allah s.w.t.
4. Bukankah orang yang bersabar itu,dan bertawakal pada Allah akan Berjaya
5. Jadilah kita seperti ,Seperti sang kancil dan sang buaya. Akal yang tinggi dapat
mengatasi segala masalah yang timbul.

Sekian, Wasalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

0 ulasan:

Catat Ulasan