Selamat datang para pengunjung blog umi cahayaku, semoga apa yg saya sajikan mampu memberikan pedoman kepada muslimin dan muslimat. Ingatlah bahawa kita semua adalah pendakwah, kita tidak perlu bergelar 'ustaz' atau 'ustazah' untuk berdakwah.
Terima Kasih atas kunjungan anda

Ahad, 15 Mei 2011

Guru...Murabbi...Muaddib....Muallim.


Seorang guru yang baik itu adalah satu,

Yang mengajar dengan cinta,

Seorang guru yang baik adalah satu,

Yang Memperbaiki mahasiswa dan membuat mereka membesar,

Daripada berteriak dan membuat mereka lambat,

Seorang guru yang baik itu adalah satu,

Yang mengalunkan irama dan lagu,

Seorang guru yang baik merupakan salah,

Siapa yang mendapat hal-hal yang dilakukan sebagai dan pada bila-bila,

Seorang guru yang baik itu adalah satu,

Yang tidak pernah melayan pelajar sebagai musuh,

Seorang guru yang baik adalah satu,

Yang ajaran harus membantu dalam masa yang panjang,

Seorang guru yang baik adalah satu,

Yang mengatakan selalu dapat dilakukan,

Seorang guru yang baik itu adalah satu,

Yang tidak pernah perlu membuat pelajar jalankan,

Daripada memiliki pengalaman yang menarik,

Seorang guru yang baik adalah satu,

Yang harus selalu menerangi murid dan mengajarn murid kebaikan,

Seorang guru yang baik adalah satu,

Yang kesemua selalu terbaik,

Terima kasih guruku, murabbi,muaddib dan muallim

Ibuku Tersayang



Ibu

Selama bertahun-tahun lamanya

Kau menghambakan hidupmu kepadaku

Tak dapat kau elakkan

Semuanya kerana tuntutan


Ibu

Kau kurnia terbesar Allah kepadaku

Kau umpama lilin yang membakar diri

Dan kau adalah nama lain dari kebaikan


Ibu

Kau mengandungkan ku sembilan bulan dan menderita

Kau memberiku makan dari darah dan susu

Kau terpaksa berjaga malam kerana memegangku


Ibu

Sejak awal kau ada untukku

Untuk membersihkan jari-jariku yang melekat

Untuk menyapu air mataku

Untuk memeluk dan mencium diriku


Ibu

Kau mengajar ku bagaimana berjalan dan berbicara

Kau menuntunku dan melindungiku

Kau mengasihiku dari awal sampai akhir

Ibu adalah ibu tidak ada yang dapat mengambil tempatnya

Selama bertahun-tahun lamanya

Kau menghambakan hidupmu kepadaku

Tak mampu ku balas segala jasamu


Hadirmu ibu

Membuatkan hidupku penuh dengan cahaya

Yang menyinari sepanjang jalur hidupku

Terima kasih ibu

Jasamu tetap ku kenang hingga......

Akhir hayatku......

Selamat Hari Ibu Untuk......

Bonda Hajjah Zauyah Binti M. Deraman dan Hajjah Ftimah Binti Mat



Idola Rumahtangga




Nabi Ibrahim, a.s berkahwin dalam usia yang muda. Isterinya Siti Sarah seorang wanita yang cantik dan terkenal pada masa itu.

Seluruh penduduk di negerinya amat kagum akan kecantikannya. Nabi Ibrahim merasa sangat beruntung kerana Siti Sarah bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi berbudi mulia dan terhormat. Siti Sarah sangat tinggi akhlaknya serta taat mengerjakan ibadah.

Siti Sarah hidup dengan penuh ranjau dan duri sepanjang hidup bersama suaminya. Namun dia tetap sabar dan tidak pernah mengeluh. Siti Sarah tahu bahawa suaminya seorang utusan Allah, mempunyai tanggungjawab yang berat. Apa lagi kaumnya sentiasa memusuhinya.

Nabi Ibrahim sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Antaranya dibakar oleh Raja Namrud semasa baginda berada di Kan’an, tetapi dengan kuasa Allah, tubuh baginda langsung tidak terjejas oleh unggun api yang besar itu. Malah sehelai rambutnya pun tidak ada yang hangus dimakan api.

Maka selamatlah baginda daripada kezaliman Raja Namrud itu. Baginda kemudiannya membawa Siti Sarah meninggalkan negerinya lalu pergi ke Mesir tetapi ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

Tanpa di duga, setibanya mereka di pintu masuk negeri Mesir Siti Sarah yang jelita itu telah di tahan untuk diserahkan kepada Raja Mesir, manakla Nabi Ibrahim dibenarkan meneruskan perjalanannya.

Tatkala baginda tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Bagaimanapun kesulitan yang ditempuh, baginda tetap tabah mengahadapinya. Baginda hanya berserah kepada yang lebiah berkuasa yakni Allah s.w.t

Sesungguhnya Allah tetap berada dipihka yang benar. Isteri baginda tidak dapat diganggu. Setiap kali tangan raja cuba menyentuh tubuh Siti Sarah, raja didatangi penyakit yang pelik.

Pellbagai cara telah dicubanya tetapi tidak berjaya . akhirnya raja bertaubat dan mengakui kesalahannya. Kembalilah Siti Sarah ke pangkuan suaminya semula bahkan Siti Sarah dihadiahkan seoarng jariah sebagai hadiah yang bernama Siti Hajar.

Sementara itu, walaupun merekia telah lama berumahtangga dan usia mereka telah lanjut, namun Nabi Ibrahin dan Siti Sarah masih belum dikurniakan cahaya mata. Nabi Ibrahim pula amat menginginkan zuriat untuk meneruskan perjuangannya.

Sebagai perempuan, Siti Sarrah mula terusik setelah Siti Sarh amat memahami jiwa suaminya dan dengan senang dia menawarkan Siti Hajar, gadis hadiah raja Mesir itu agar dikahwini oleh Nabi Ibrahim. Mungkin dengan Siti bhaginda akan memperolehi anak. Begitu sekali pengorbanan Siti Sarah terhadap suaminya yang tercinta. Diketepikan segala kepentingan diri demi Allah dan Rasul-Nya.

Tidak lama kemudia, mengandunglah Siti Hajjar. Setelah genap sembilan bulan, dia pun melahirkan anak lelaki lalu diberi nama Ismail.

Hati Siti Sarah mula terusik, setelah Siti Hajar melahirkan anak itu, Siti Sarah nampak kurang senang. Akhirnya setelah dikuatkan oleh wahyu daripada Allah s.w.t, Nabi Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa Siti Hajar bersama anak kecilnya berpindah dari situ. Meeka menuju ke Makkah.

Sepanjang Nabi Ibrahim menempatkan Siti Hajjar dan anaknya Ismail di Makkah, berbagai-bagai ujian pula telah ditempuhi oleh mereka. Siti Hajar dan anaknya Ismail telah ditinggalkan sendirian di kawasan yang kering kontang. Baginda datang ke tempat mereka setahun sekali.

Tempat itu kemudia bertukar menjadi sebuah kawasan yang subur dan menjadi tumpuan manusia seluruh pelusuk dunia. Kemudian, 14 tahunselepas kelahiran Nabi Ismail, siti Sarah pun melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ishak.

Begitulah antara ujian-ujian yang ditimpakan Allah ke atas Nabi Ibrahim. Layaklah baginda mendapat gelaran Khalilullah(kekasih Allah), disepanjang sejarah kehidupan baginda tidak terlepas dari dugaan hidup yang mencabar.